'Kenapa Lambat Kak? Orang Lain Pun Nak Guna Mesin ATM'


Balik rumah, tengok beras, minyak dan sabun basuh semua dah kurang. Start enjin motosikal, nak pergi ke pasar raya Giant. Singgah sebentar di stesen minyak Batu Caves, nak ambil duit di mesin ATM. Masuk sekali dengan seorang wanita yang sedang memimpin dua orang anaknya yang juga menuju ke mesin ATM.

Masalahnya, aku terconggok di belakangnya ada dalam masa 5 ke 7 minit juga. Dalam hati dah macam-macam maki hamun keluar.

"Ape bendalah yang terhegeh-hegeh nak guna ATM ni?" bisik dalam hati.

Akhirnya, kesabaran aku dah hilang, lalu aku pun bertanya. 

"Kenapa lambat kak? Orang lain pun nak guna mesin ATM ni," aku cakap dengan suara yang agak lantang kerana sudah mula hilang kesabaran. 

"Saya nak keluarkan duit dik, tapi mesin ini tak boleh keluarkan duit RM10.00. Ada duit RM50 dan RM100 sahaja. Akak dah pergi 3 mesin ATM tetapi semua sama. Kalau akak pergi mesin ATM CIMB sebelah ni, nanti dipotong seringgit," katanya dengan muka yang benar-benar berkerut sedih.

Aku? Terus rasa bersalah tak terkata.

"Akak nak keluarkan berapa?" aku tanya. 

"RM40 saja, sebab itu saja duit yang tinggal dan cukup untuk belanja anak sekolah minggu ini dengan belanja akak sendiri sementara menunggu hari gaji, Khamis ini," katanya. 

Wei, ini gerenti Tuhan nak menguji aku. Semalam Dia dah beri aku untung jual mainan macam Yahudi mabuk. Kemudian aku ditemukan pula akak ini. Aku punya rasa bersalah pada masa itu sebab dah sound dia dan fikir dia lembab bagai semua. 

Dalam kekalutan itu, aku minta dia batalkan transaksi dan beri aku guna mesin ATM itu. Aku minta nombor akaun banknya. Mula-mula dia menolak, setelah puas dipujuk akhirnya dia beri juga sebab aku kata nak transfer seringgit saja, suruh dia guna mesin ATM CIMB di sebelah. 

Selesai urusan di mesin ATM, aku beritahu dia, dah boleh guna. Aku cepat-cepat keluar dan terus ke motosikal aku. tengah aku start enjin motosikal, dia datang pada aku dengan matanya yang bergenang mengucapkan terima kasih, siap pegang tangan aku semua. 

Aku jadi tergamam seketika. 

"Takpe kak, pakailah kak. Saya bagi ikhlas," dan aku terus beredar.

Aku tak nak fikir macam-macam. Aku sedekahlah sedikit portion duit mainan semalam. 

Bagi aku, kalau Tuhan nak bagi, Dia terus bagi. Kalau Dia tak nak bagi atau nak tarik balik, Dia terus tarik. Sampai sekarang, aku menyesal sebab marah-marah dia walaupun dalam hati. Lain orang, lain masalah. Apa yang kita boleh bantu, kita bantu. Mana tahu esok lusa, kita pula yang terkena masalah seumpama itu. - Khairul Hairodin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.