Kepada Fizo & Mawar, Sila Terima Teguran Dengan Hati Terbuka


Akhirnya, saat yang saya tunggu sudah tiba. Inilah waktu yang paling sesuai untuk saya berikan teguran. Sudah lama saya simpan point ini dan hari ini saya nak war-warkan kepada semua rakyat Malaysia. Tolong bantu saya sebarkan post ini. 

Ada satu benda yang kita selalu terlepas pandang sebenarnya. Rakyat Malaysia ini selalu menyanjung satu benda bukan pada tempatnya. Lihat seorang jutawan kosmetik bersedekah, pemurah, suka menderma, kaya raya, kita anggap dia berjaya. Kita 'admire' dia, sanjung dia. Inilah kata Nabi, "Wahn", penyakit cinta dunia.

Kita sanjung orang yang berjaya dalam hal keduniaan, sedang mereka tidak sepenuhnya menjaga syariat Allah swt. Mekap melebihi segala-galanya, tudung tidak cukup labuhnya dan baju glamour nak melambangkan status serta kekayaan. Bersalaman dengan berlainan jantina, berurusan dengan kekotoran politik.

Saya tanya, wajarkah kita letakkan kekaguman kita pada orang yang tidak utamakan Allah swt meskipun dia berjaya dalam dunia ini? 

Dia kaya, berjaya dan pemurah orangnya tetapi adakah itu ukurannya? Mana pergi rasa agung syariat Allah swt dalam hidup kita? Tuan puan semua, mana? Saya beritahu terus terang, orang itu layak dapat penghormatan daripada yang kaya dunia harta tetapi gagal dalam mengikut syariat Allah. 

Saya tegur jelas, sebab saya nampak betapa mata kita-kita ini kelabu. Kelabu dengan kekayaan, harta benda dunia dan duit. Kita hanyut dalam keduniaan, lihatlah kita sanggup berlanggar, berebut dan bersanggah satu dengan yang lain hanya untuk mendapatkan sehelai tudung dengan harga promosi. 

"Tudung Fareeda juga saya tegur secara amnya, masih belum sempurna labuhnya dari sudut syariat. Sila labuhkannya akak Fareeda yang dikasihi,"

Saya Da'i Wan, bersetuju dengan kenyataan adik Wardina Safiyyah:

"Sepatutnya pihak pengurusan termasuk pengasas dan abang Fizo Omar sewaktu itu, berusaha menyelesaikan hal keramai dengan cara pengagihan yang lebih teliti. Lihat macam mana kalian tidak tersentuh langsung, sedangkan di belakang sana perempuan dan lelaki tolak menolak satu sama lain. Jangan nak cakap pasal ikhtilat, jauh api dari panggang unuk diambil kira. Buat saya terpana betapa 'public figure' begitu tinggi dan tidak boleh disentuh kedudukan dia ruapanya? Senang lenang sahaja? Sedangkan yang memajukan mereka itu datang dari poket orang yang bernama 'Tribe' penyokong tegar. Kalau tidak, tidak ada. 

Ingat, pada semua pengasas produk atau barangan-barangan kecantikan, anda bertanggungjawab dalam apa jua yang anda jual, dalam apa yang anda uruskan, dalam apa yang anda paparkan. 

Sebab itu Saidina Uthman dengan Abdul Rahman ibn Affan Radhuma antara orang yang terakhir dihitung amalnya. Banyak lagi urusan harta dengan manusia lain. Nabi pun keluh saat beritahu pada mereka. 

Pada makcik dan akak di luar, sudahlah. Bersederhanalah dalam mengejar segala design tudung ini. Tolonglah, tolong letakkan syariat Allah swt sebagai yang utama. Ia memudahkan lagi. 

Tengoklah labuh tudung itu sebelum mahu berebut. Tengoklah kaki dan perempuan di tempat ketika membeli itu. Jagalah, kita ada agama atau kita ada dunia sahaja? Mengapa perlu direbutkan benda-benda yang sentiasa akan ada ciptaan lebih baik dan baik pada masa akan datang? 

Tudung itu akan habis, tetapi masa akan datang, akan ada yang baru, lebih menarik, lebih sesuai. Kita tak tahu kan? Asal nak kejar sampai kita sanggup jadi seolah lembu yang dicucuk talinya pada hidung. Berapa sahaja harganya terus saja kita beli. 

Nak buat apa tudung cantik glamour begitu? Untuk keselesaan atau untuk dipakai buat halwa mata orang melihat? Periksa hati kita, adakah sudah memilik penyakit 'Wahn'? Tepuk dada tanya iman. 

Last but not least, saya tegaskan sekali lagi. Janganlah kita sanjung orang yang buka pada tempatnya. Bersederhanalah, cukuplah cinta dunia yang tak berkesudahan. Orang yang tidak letakkan syariat Allah sebagai yang pertama dalam hidup dia, kita tidak boleh 'admire'. Fahamkan itu.

Kepada Abang Fizo Omar dan Kak Mawar, sila terima teguran dengan terbuka, itu tanda kita tidak riak. Kami tegur untuk perubahan yang lebih baik. - Da'i Wan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.