Kuota Data Internet Pengguna Maxis Dinaiktaraf Ke 8GB


KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan kekecewaan para pelanggan Maxis yang mendakwa mereka mengalami kerugian bila melanggan pakej pelan MaxisOne, Maxis tampil memberikan kenyataan sebentar tadi melalui video siaran langsung di Facebook rasminya.


Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal menjelaskan bahawa, mereka mendengar dan memahami segala persoalan pelanggan Maxis, bukannya berdasarkan pada tinjauan dan statistik sahaja.

"Kebelakangan ini, pusat panggilan dan laman media sosial kami dipenuhi dengan maklumbalas dari pelanggan Maxis yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati. Kami akui situasi ini mendatangkan kerisauan pada kami. 

"Perubahan pasaran semasa ke atas permintaan data yang tinggi telah mendorong Maxis untuk menyediakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Namun, kami telah mengambil masa yang terlalu lama demi menambah lebih banyak ciri-ciri hebat selain dari kuota tambahan. 

"Sementara menyempurnakan pelancaran pelan ini, pengguna-pengguna Maxis tertentu telah terpilih untuk menerima tawaran pelan Maxis yang dikhususkan mengikut kesesuaian mereka. Tindakan kami telah menimbulkan sedikit kekeliruan dikalangan pelanggan. Malah kami juga sedar, tindakan ini adalah kurang bersesuaian dengan komitmen syarikat dalam mengutamakan keadilan dan ketelusan.

"Oleh itu, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga Maxis kerana telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab segala persoalan anda," jelas Morten.

A message from Maxis CEO Morten to our customers
There have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.
Posted by Maxis on Friday, April 8, 2016
Sementara itu, Ketua Bahagian Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan mengumumkan, setiap pelanggan MaxisONE akan dinaik taraf dengan kuota tambahan pada harga yang sama dalam masa terdekat. 

"Sebagai contoh, pelanggan MaxisONE yang kini hanya mendapat kuota 1GB sebulan akan dinaiktaraf ke 5GB sebulan. Pelanggan yang mendapat kuota 3GB sebulan akan dinaiktarafkan ke 8GB sebulan. Semua pelanggan akan menikmati faedah ini, bukan sahaja pelanggan baru. 

"Selain peningkatan kuota, inovasi tambahan yang akan membolehkan pelanggan menerima lebih banyak faedah dengan data tambahan yang diperolehi melalui rangkaian kami. Pelanggan MaxisONE Business juga akan menikmati manfaatnya," jelas Dushyan. 

Difahamkan pelan-pelan baru itu akan dilancarkan pada bulan April ini dan semua pelanggan MaxisONE akan menikmati 3GB kuota tambahan bermula minggu depan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.