Lagi Murid Dipatuk Ular


REMBAU - Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan Chembong, pengsan dipercayai telah dipatuk oleh ular pagi tadi.

Lapor Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu, mangsa dilaporkan terjatuh dan pengsan secara tiba-tiba ketika sedang bermain di padang sekolah,

Menurut beberapa rakan mangsa, mereka ternampak seekor ular menjalar berhampiran lokasi mangsa rebah.

Mangsa telah dihantar ke klinik kesihatan berdekatan dan dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut.

"Doktor masih menjalankan pemeriksaan lanjut dan mengesan kesan gigitan atau patukan ular pada bahagian kaki mangsa, namun belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah kesan patukan ular. Mangsa kini dalam keadaan sedar dan stabil.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.