Leher Dikelar Penagih Dadah


DUNGUN - Seorang wanita warga emas parah di bahagian leher, dikelar oleh seorang lelaki yang telah menceroboh rumahnya di Kampung Alor, jam 5.30 pagi semalam. 

Mangsa yang berusia 87 tahun itu juga turut ditumbuk sehingga patah bahu dan lebam mata sebelum lelaki yang dipercayai penagih dadah itu melarikan diri. 

Kejadian itu hanya disedari oleh jirannya yang terdengar suara mangsa menjerit meminta tolong, lalu segera dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Suspek ditahan jam 9 pagi semalam, di Kampung Sungai Buaya untuk membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.