'Mana Tangan Abang?.. Mana?'


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Tingkatan Dua SMK Sungai Bayor, Rantau Panjang, putus tangan kanan selepas disedut mesin pam angin, selain dari patah tangan serta kaki kirinya. 

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam kelmarin, Mohd Syafiq Mohd Rosdi 14, bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung Lengkong. 

Lapor Berita Harian, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin sebelum tangannya disedut dan putus terkena bilah kipas tersebut. 

Mangsa, anak kedua dari tujuh beradik itu mengalami trauma sebaik saja menyedari tangan kanannya hilang. 

"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping yang kemudian dipindahkan Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam," kata bapanya, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, pekerja kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada tempurung kepalanya," katanya.


Menurut Rosdi, anaknya itu bekerja di reban ayam tersebut kerana mahu membantu meringankan tanggungan dan kesusahan keluarga. 

"Saya terduduk bila mendapat tahu kemalangan yang menimpanya. Saya rasa bersalah tetapi redha dengan takdir Tuhan," katanya. 

Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan pada Muhammad Syafiq, bolehlah menghubungi bapanya Mohd Rosdi di talian 019-5287751 atau nombor akaun CIMB, 08020086679522 (MOHD ROSDI BIN MAT SHOHOR) - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.