Mayat Bayi Ditemui Dalam Semak


KOTA BHARU - Sayu, mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di perkarangan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, tengah hari semalam.

Dalam penemuan jam 12.30 tengah hari itu, dua kakitangan klinik yang kebetulan melalui kawasan itu menemui jasad bayi malang berkenaan yang masih bertali pusat.

Mayat bayi ditemui di kawasan semak di hujung pagar klinik dalam keadaan sempurna, dibalut dengan baju sejuk berwarna gelap.

Mayat bayi itu dipercayai ditinggalkan dalam semak sejak tengah malam Selasa berdasarkan mayatnya yang sudah berbau.

Polis kini sedang menyiasat kes itu dan dalam usaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.