Memang Benar Bil Elektrik Melambung Disebabkan El Nino

Gambar hiasan sahaja...

Sudah heboh di laman Facebook sana sini bill elektrik meningkat bulan ini. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB, aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing-masing faham. InshaAllah bila tak kedekut ilmu, kita akan diberi ilmu lebih lagi.

Saya sertakan satu formula electric, joule's law

H = i^2 x r X t

Dari formula ini, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus. Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino. 

Contoh mudah, peti ais.

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27°C, satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27°C ke 0°C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1°C, jumlah tenaga yang diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

So cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena El Nino, suhu persekitaran bukanya 27°C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

So dalam situasi sama semasa fenomena El Nino, 

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ saja yang diperlukan. Tetapi bila ada El Nino, terus up jadi 30.168kJ. Ini dari segi teori, praktikal pula lebih dari jumlah ini.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk. Nak mudah faham lagi, bukan peti ais sahaja yang menggunakan kompressor, air-cond juga sama. 

Kita dulu kita set 20°C, sekarang tetap tak berubah 20°C tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°. Begitu juga dengan peti sejuk. Kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik. Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tetapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. Ada kes air-cond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dengan tariff elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh semakin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. 

Tarif blok ini hanya untuk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. Ramai pengguna yang heboh-heboh di media sosial ini berlagak macam pandai tetapi tariff elektrik untuk rumah pun tak boleh faham.

Harap selepas ini rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang menunding jari menyalahkan pihak lain. - Mohd Fikrie Yahya | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.