Model Baharu Proton Perdana Dijangka Dilancar Mei Ini (24 Gambar)


PUTRAJAYA - Heboh di media sosial beberapa gambar sebuah model kereta tempatan yang didakwa Proton Perdana 2016, bakal keluar di pasaran tidak lama lagi. 

Model terbaru Proton Perdana ini juga dikatakan pernah muncul dalam filem Kapsul yang diarahkan oleh Martias Ali, yang turut dibintangi oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Lapor laman PanduLaju, model terbaru Perdana ini didatangkan dalam dua varian, 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, ia masih menggunakan enjin Honda Accord. Manakala enjin baharu dijangka akan dipasang pada 2017.

Pilihan warna yang diberi adalah Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold bagi model Perdana 2.4L. 




Difahamkan, pelancaran model baharu ini telah tertangguh dua kali, berkemungkin pihak Proton masih belum bersedia sepenuhnya. Proton dijangkakan akan melancarkan model baharu ini pada April atau Mei ini. - PIXEL MEDIA




















Sumber gambar: Paultan & Autofreak

No comments

Powered by Blogger.