Myvi Biru Tertusuk Besi Penghadang Jalan (5 Gambar)


KUALA KANGSAR - Seorang wanita maut, manakala dua cedera, seorang daripadanya cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan 5 kenderaan di KM256.4 Lebuhraya PLUS arah utara berdekatan dengan terowong Menora, Kuala Kangsar, pagi semalam. 

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa adalah pemandu dan penumpang kereta, dan kemalangan membabitkan lori, tiga kereta Myvi dan sebuah Toyota Vios, lapor Harian Metro.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Halim Mat Siga berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, hanya mendapati empat buah kereta yang terbabit dalam kemalangan, manakala lori sudah meninggalkan tempat itu. 

"Hanya Myvi biru yang mepunyai mangsa tersepit akibat besi penghadang jalan tertusuk pada cermin depan kereta. Tiga mangsa berada di dalam kereta itu. Lelaki yang juga pemandunya berusia 26 tahun, hanya cedera sahaja.

"Penumpang hadapan wanita berusia 24 tahun tersepit, penumpang di belakang berusia 56 tahun meninggal dunia namun tidak tersepit," katanya. 

Mangsa yang meninggal dunia ialah SAbariah Mohamad, 56. Mangsa yang parah, Nurul Nabihah Nasir, 24, pemandunya Abdul Razak, 26. - PIXEL MEDIA




No comments

Powered by Blogger.