Nak Tonjol Rekaan Secara Spesifik, Bukan Nak Publisiti Murahan


KUALA LUMPUR - Walaupun penjelasan telah diberikan, netizen masih mengecam pereka fesyen Anuar Faizal di laman Instagramnya berhubung koleksi Baju Melayu Aidilfitri 2016. 


Anuar Faizal, sekali lagi tampil memberikan penjelasan yang lebih terperinci melalui Harian Metro

"Saya takkan buat kerja gila dengan menampilkan rekaan bersampin tanpa memakai baju atau hanya berseluar sahaja untuk dipakai di pagi raya. 

"Tujuan model lelaki hanya memakai sampin saja bagi memperlihatkan kepada umum fungsi dan kegunaan rekaan itu. 

"Manakala, model berseluar saja pula bertujuan menunjukkan rekaan seluar 'slimfit' yang dilengkapi dengan dua poket kiri kanan selain menggunakan getah di belakang untuk memudahkan pergerakan ketika solat.

"Saya menjualnya dengan set lengkap iaitu termasuk sampin, baju serta seluar. Namun, di majlis itu saya mahu menonjolkan rekaan itu secara jelas kepada umum sahaja," katanya. 

Anuar sudah memikirkan kemungkinan yang akan berlaku sebelum majlis itu berlangsung. Termasuk dikritik oleh orang ramai yang tidak memahami tindakannya itu yang hanya mahu menunjukkan rekaan semata-mata, bukannya mahu publisiti murahan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.