'Nampak Tak Cahaya Putih Itu Datang?'


Malam tadi, kawan sekolah sama MRSM Jelebu, meninggal dunia pada usia 42 tahun. Tadi saya melawat jenazah dan isterinya bercerita kepada kami.

Arwah baru saja mendapat kereta BMW yang baru dibelinya semalam. Malam selepas maghrib, arwah ajak isteri cuba kereta barunya itu. 

Dalam perjalanan ketika arwah sedang memandu, arwah tiba-tiba macam orang blackout. Isteri sempat menarik steering. Arwah sedar kembali selepas beberapa saat, kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan. 

"You nampak cahaya putih? Cahaya itu datang ke kepala I. You tengok ni, I berpeluh sejuk dan kepala I basah. Macam ada sesuatu yang menarik tengkuk I," kata arwah.

Isterinya pun menyentuh kepada arwah yang basah dan sejuk. Namun tidak kelihatan cahaya putih yang dimaksudkan.

"Tak apa, kita balik, kita baca yasin bersama-sama," kata isterinya.

Tiba-tiba arwah berkata, "Eh? Chaya itu datang lagi. Nampak tak?" dan arwah terus terlentuk dan meninggal dalam kereta. 

Apa yang kami nak kongsikan, kami kawan-kawan berpendapat arwah pergi memang ajalnya sudah sampai waktu. Cahaya putih itu mungkin malaikat maut datang kepadanya dan hanya dia seorang saja yang nampak. 

Memang sebenarnya mati itu pasti dan tidak perlu tunggu tua atau sakit. Bila-bila dan di mana sahaja. Maka kami belajar satu perkara. Sentiasa berbuat baik dan kita tidak tahu bila 'cahaya putih' itu akan datang pada kita. 

Al-fatihah Mohd Hanif Din. - Azzam Shah Ab Moez | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.