Nana Bersenam Demi Dapatkan Punggung Cantik


Meskipun tergolong dalam kategori artis bertubuh langsing, namun itu bukan alasan untuk Nana Mahazan untuk bersenam di gym. 

Bekas peserta Akademi Fantasia ini sudah mula ketagih aktiviti yang ditinggalkannya sejak sekian lama itu sejak Februari lalu. 

Menurut Nana, selain ingin mendapatkan perut six pack, dia juga kembali bersenam kerana mengidam bentuk punggung yang cantik. 

"Alhamdulillah, setakat ini juga saya lihat perkembangan cukup positif. Punggung pun 'naik' sikit. Kalau tidak, bahagian terbabit macam rata sahaja. 

"Ternyata senaman sama ada menggunakan beban atau tidak, dapat membantu mendapatkan punggung yang cantik. Contohnya seperti melakukan 'squat'," katanya. 


Dalam temubual bersama Berita Harian itu, Nana menjelaskan dia melakukan aktiviti itu bukan atas paksaan dari sesiapa atau niat mahu menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada kepuasan diri.

"Tidak sekadar bersemangat melakukan senaman, saya juga kini memilih untuk mengamalkan pemakanan sihat seperti suami (Mohamed Raqeem Brian Abdullah). Perubahan saya ke arah gaya hidup sihat juga turut disokong beliau. 

A photo posted by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ (@nanamahazan) on

"Bagaimanapun dengan saiz badan sekarang, jurulatih kecergasan cakap saya tidak perlu terlalu mengawal makan. Saya boleh terus makan apa yang disukai, seperti nasi lemak contohnya. Begitupun, saya kena juga mengawalnya. Kini juga saya sedang membiasakan meminum protein. Ia dapat membantu saya membina otot. 

"Malah kebelakangan ini juga, saya mengikut suami memanjat bukit untuk meningkatkan stamina," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.