Nestle Takkan Naikkan Harga Maggi, Milo, Nescafe


KUALA LUMPUR - Nestle (Malaysia) Berhad, tidak akan menaikkan harga produknya pada masa ini meskipun harga komoditi dan bahan mentah dijangkakan meningkat pada tahun ini disebabkan kemerosotan ringgit. 

"Nestle tidak menaikkan harga produknya semenjak tahun 2015. Jika boleh, kami akan mengekalkan harga semasa," kata Pengerusinya Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, lapor Bernama. 

Sementara itu, Pengarah Urusan, Alois Hofbauer berkata, harga bahan mentah dan pembungkusan sertai nilai ringgit adalah dua faktor utama yang memberikan kesan pada kos input syarikat, yang seterusnya memberi kesan kepada harga produk. 

"Kami akan cuba menahan harga produk selama mungkin dan cuba memberi pengguna nilai terbaik kerana pengguna Malaysia kini menerima tekanan kenaikan harga semua jenis barang," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.