'Orang Zaman Sekarang Tak Hormat Nurse Dah...'


Betulkah anda mahu menjadi seorang jururawat?

Siapa di sini berminat nak menjadi jururawat? Kalau ada yang berminat, baguslah. Kerja mulia di sisi Allah sebab bantu orang sakit. Bagi yang biasa dengan senario di bawah, pasti melihat realiti.

Senario 1

Bila korang kerja, mesti akan ada masalah dengan top management. Matron datang buat spotcheck sana sini mencari kesalahan. Dia takkan puji apa yang kau buat pada pesakit. Tetapi apa yang dia nampak.

"Mana tag pesakit? Mana nursing proses? Mana orientasi wad? Mana? Mana? Mana?"

Senario 2

Top management kebanyakkannya ibarat ketam mengajar anak berjalan. Dari awal dah terapkan cara jawapan panggilan telefon, kena wish selamat pagi/petang, beritahu nama, wad mana. Bila kau dah jawab perfect, orang yang menelefon pula tiba-tiba kata, "Sister kau mana?" tanpa memperkenalkan diri. 

Bila dia tak dengar kita memperkenalkan diri, nanti dia akan tanya, "Macam ini ke cara awak menjawab panggilan telefon?" 

Eh? Kita juga yang kena.

Senario 3

Bila pesakit terjatuh sendiri sebab selipar dia licin pun menjadi satu masalah. Korang kena bersoal jawab dengan matron atau sister seperti dalam mahkamah tinggi. Ibarat menunggu hukuman gantung sampai mati. Masa itu kalau kau rasa badan kau gemuk, kau akan rasa kurus sebab bertubi-tubi kena bebel macam punching bag. 

Senario 4

Dalam wad pula kau akan rasa 1 hospital ini cuma jururawat sahaja yang bekerja

"Shila! Kenapa lantai kotor?!" 
"Shila! Kenapa tak suruh relative keluar?!"

Padahal kau ada cleaner untuk buat cleaning job, kau ada polis bantuan untuk arahkan relative keluar semasa bukan waktu melawat.

Senario 5

Ini yang paling penting. Urusan dengan pelawat/relative. Tiba-tiba datang berlari-lari seperti ada perkara penting dan bertanya, 

"Misi! Ayah saya nak kencing, nak panggil siapa ye?"

Dalam hati aku jawab, "panggillah bomba!" sambil terkedek-kedek pergi mencari urinal. 

Zaman sekarang relative dan pesakit sudah tiada rasa hormat pada jururawat. Apa tak puas hati, direct complaint terus. Tak pun dia viralkan untuk mendapat perhatian.

Banyak lagi benda yang nak dicerita. Walaupun niat nak pergi kerja lillahi taala untuk rawat orang sakit tetapi bila banyak sangat gangguan dan tekanan seperti ini, kerja yang ikhlas pun jadi haru. Sampai 1 tahap kau akan tertanya-tanya "Kenapa aku jadi jururawat?"

Allah maha mengetahui. Kalau kau sebagai jururawat, kau akan faham apa yang aku maksudkan. Semoga Allah merahmati kerja-kerja kalian. - Nurse | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.