Padah Tunjuk 'Belalai' Tak Bertempat



SHAH ALAM - Seorang pembantu kedai makan didakwa menceroboh asrama dan menunjuk kemaluannya pada seorang wanita yang juga isteri orang, lapor The Star.

Muhammad Salihin Zailan, 25, dari Sungai Mati, Muar, Johor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 dan 509 Kanun Keseksaan. 

Salihin dituduh menceroboh kediaman seorang pegawai bomba di asrama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Seksyen 15, dan menunjukkan kemaluannya pada seorang wanita berusia 36 tahun yang sedang tidur dengan anak-anaknya pada jam 4 pagi, Khamis lalu. 

Menurut mangsa, suaminya pada ketika itu menghadiri kursus di luar kawasan dan hanya tinggal di asrama bomba, sementara rumah mereka sedang menjalani pengubahsuaian. 

Tertuduh hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam itu berdepan dengan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya kali.

Majistret Farah Azura Mohd Saad, membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi kesalahan pertama dan RM1,500 bagi kesalahan kedua dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.