Pemandu BMW Terjun Bunuh Diri


GEORGETOWN - "Ada BMW Belum Tentu 'Bahagia'," demikian kata netizen terhadap seorang pemilik kereta jenama BMW, yang bertindak membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang. 

Mayat mangsa dalam keadaan terlangkup, ditemui terapung oleh anggota Polis Marin Wilayah 1, ketika membuat rondaan berhampiran Pulau Korea. 

Komander, Asisten Komisioner Marzuki Che Shuib berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui pada jam 8.30 pagi semalam. 

Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan dan hanya terdapat seunit kunci jenis BMW. 

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.