'Perjalanan Terakhir, Ho Chi Minh, Vietnam...'


HO CHI MINH - Seorang lelaki warganegara Malaysia, ditemui mati di dalam bilik hotel di bandar itu, pada 28 April lalu. 

Mangsa, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33 tahun, ditemui pada jam 7 malam oleh pekerja hotel yang terpaksa merempuh pintu bilik tersebut selepas mangsa tidak menyahut ketukan dari luar. 

Menurut saksi, beberapa kesan tetakkan pada bahagian badan mangsa terutamanya kepala dan bahu. Terdapat banyak kesan darah mangsa di lantai. 


Siasatan awal pihak berkuasa tempatan mendapati, mangsa telah mendaftar masuk ke hotel itu, dua hari sebelum kejadian bersama dengan seorang lelaki yang juga warganegara Malaysia, Mohamad Zulfaeez bin Khalid, 32, yang kini hilang tanpa dapat dikesan.


Pihak polis kini sedang memburu Mohammad Zulfaeez yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian Azhar.

Status terakhir mangsa ketika berada di Ho Chi Minh, Vietnam

Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, mereka dimaklumkan mengenai perkara itu. Bagaimanapun masih belum didedahkan punca sebenar kematian mangsa. 

Keluarga mangsa juga telah dimaklumkan dan difahamkan adik dan ibu mangsa akan berlepas ke Vietnam pada 4 Mei ini untuk menguruskan penghantaran jenazah pulang ke Malaysia. 

Menurut kenalan mangsa, Manz Vpbk, keluarga mangsa sedang berusaha mendapatkan bantuan dari pelbagai pihak untuk menanggung kos menguruskan jenazah mangsa. 

"Untuk pengurusan jenazah, kos penghantaran pulang diperlukan sebanyak RM40,000. Kalau nak simpan di Ho Chi Minh, kos RM10,000 tetapi jenazah akan disimpan bersama orang-orang yang bukan muslim. RM5,000 jenazah disimpan luar dari bandar Ho Chi Minh dan di tanah perkuburan Islam," katanya.

Justeru, Manz meminta jasa baik orang ramai yang sudi membantu menghulurkan bantuan kepada waris mangsa di akaun BSN -711029000072091 (Mohd Noorazman bin Abdull Wahab) atau menghubungi nombor telefon 0125704032, Azman, adik mangsa, bagi maklumat lanjut. 

Seorang lagi rakan mangsa, Shydee Didot, menasihatkan warga Malaysia yang ingin melancong ke Vietnam, sentiasa berhati-hati. 

"Seorang backpacker dari Malaysia telah mati dibunuh di Ho Chi Minh malam semalam dan rakannya pula telah hilang. They are my friend's! Seriously Ho Chi Minh memang tak selamat. Kes culik, scam, tipu, ugut dan kekerasan memang kerap berlaku di sana.

"Try avoid this place. If you plan for shopping, Bandung would be the best choice. Much secured," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.