'Perjumpaan Ini Amat Positif' - Tunku Ismail


JOHOR BAHRU - Pertemuan di antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dengan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor hari ini berjalan dengan baik.

Lapor laman rasmi  Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi, kedua-dua mereka berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan bola sepak tanahair. Selain itu, Khairy juga dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang dimiliki oleh kelab JDT itu seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam. 




"Selepas perbincangan bersama YB Khairy Jamaluddin, saya ingin mengucapkan syabas di atas usaha dan kerja keras YB Khairy untuk sukan dan belia di negara ini. Perjumpaan ini membolehkan YB Khairy untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan sukan bolasepak terutamanya projek JDT serta program-program belia yang saya inginkan di negeri Johor. 

"Perjumpaan ini amat positif dimana kami dapat duduk semeja, membincangkan halatuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bolasepak tanahair dan juga program yang melibatkan belia," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.