PM Najib Panglima Orang Islam


SEREMBAN - Datuk Seri Najib Razak, disifatkan sebagai Panglima Perang Orang Islam oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abd Aziz Kaprawi kerana terpaksa menyimpan banyak rahsia. 

Keadaan itu mungkin telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus menerus melemparkan tuduhan terhadap Najib. 

"Kita patut menyokong dan menyanjung Perdana Menteri. Adakah kita patut kita nak menjatuhkan beliau yang diamanahkan mengetuai jentera perang kita?

"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan itu perlu dirahsiakan," katanya memetik laporan dari Sinar Harian

Berkenaan isu derma RM2.6 bilion, isu itu sudah dijelaskan dan sepatutnya tidak lagi ditimbulkan. 

"Sebenarnya ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.