Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Rakyat Diminta Terima Penjelasan Derma RM2.6 Bilion


    IPOH - Rakyat Malaysia diminta menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan berhenti mempertikaikannya, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

    Selain menerima penjelasan dari Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma RM2.6 bilion itu datang dari negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. 

    "Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini. Siapa pun, mantan perdana menteri sekali pun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah," katanya, memetik laporan dari BERNAMA.

    Jelas beliau, isu derma itu telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rakyat rasa menyampah dengan kerajaan. 

    Jumaat lalu, Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.