Ramai Yang Tak Tahu Kewujudan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas


Aku sangat bersimpati terhadap kejadian yang menimpa adik Anuri yang dipatuk ular sehingga meninggal dunia di Kota Bharu semalam. Apa yang aku nak beritahu di sini, sebenarnya ramai yang masih tidak tahu bahawa mangsa/waris serangan binatang buas ini boleh memohon bantuan menerusi tabung khas yang dikenali sebagai Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.


Aku difahamkan, kes yang paling banyak menerima bantuan adalah membabitkan serangan ular, buaya, babi hutan dan beruang. Liputan tabung itu juga sudah diperluaskan kepada serangan haiwan akuatik seperti ikan pari dan obor-obor. 

Kadar bantuan berdasarkan pada tahap kecederaan yang dialami mangsa. Kadar maksimum RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia, koma atau hilang upaya kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan. 


Tabung yang diluluskan Kabinet pada 2004 itu diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab menyediakan laporan terperinci kes untuk dijadikan asas permohonan bantuan.

Antara bintang yang melaykkan mangsa menerima bantuan ialah:
  1. Gajah
  2. Seladang
  3. Babi hutan
  4. Harimau
  5. Ular sawa
  6. Ular-ular berbisa
  7. Primat (Beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang)

Jadi saya sudah beritahu info tentang tabung ini, tolong sebarkan. Benar, wang tidak boleh menggantikan nyawa orang kesayangan tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan keluarga mangsa. Jadi kalau ada atau ahli keluarga anda terkena serangan seperti ini, terus pergi ke pejabat JKM berhampiran untuk memohon bantuan. - Syahril A. Kadir | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.