Rasa Terancam, Ramasamy Segera Tampil Mohon Maaf


KUALA LUMPUR - Selepas pusat khidmat rakyatnya dibaling dengan bom api, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy memohon memaaf kerana menggelar Dr Zakir Naik sebagai syaitan.

Lapor Free Malaysia Today, Ramasamy telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan mengaku memuat naik status 'biadab' itu di Facebook pada 10 April lalu kerana mendakwa pendakwah dari India itu memberi ceramah menghina agama lain. 

"Bila saya sedar perkataan 'syaitan' itu tidak sesuai, saya terus padam perkataan itu dari Facebook saya pada hari yang sama. 

"Saya menyesal sekiranya penggunaan perkataan syaitan itu telah menimbulkan rasa tidak selesa dan kemarahan umat Islam di Malaysia. Ini sama sekali bukan niat saya kerana saya menghormati semua agama di negara ini. Perkataan syaitan itu hanya ditujukan kepada individu (Dr Zakir Naik) ini sahaja," jelasnya. 





Jam 3 pagi tadi, pusat khidmat rakyat ADUN Prai itu telah dibaling dengan bom api oleh individu yang tidak dikenali. 

Perkara itu disedari oleh seorang kakitangan pejabatnya selepas mendengar bunyi letupan yang kuat. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.