Rayani Air Gantung Operasi


PETALING JAYA - Belum genap setahun beroperasi, akhirnya syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air, menggantung operasinya berkuat kuasa serta merta.

Pemiliknya, Ravi Alagendrran berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta merta sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Rayani Air telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian. Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula," katanya, memetik laporan dari mStar Online. 

"Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang)," kata Ravi.

Ravi juga mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan oleh juruterbangnya. Tindakan itu dipercayai berpunca dari tindakan pihak Rayani Air telah menangguh bayaran gaji sebulan kakitangannya.

Keadaan bertambah buruk apabila para penumpang yang telah membeli tiket turut terjejas dan lewat dimaklumkan  mengenai pembatalan penerbangan mereka. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.