'Sabar Kak, Sabar...'


KUALA LUMPUR - Video seorang wanita yang dipercayai Pegawai Imigresen, memukul seorang wanita warga asing tersebar di media sosial.

*kemaskini 29 April 2016:


Lapor MalaysiaKini, pegawai terbabit melakukan perbuatan itu ketika membuat serbuan ke atas sekumpulan warga asing. 

Video yang dimuat naik oleh Pengerusi NGO badan pemantau jenayah, My Watch, R Sanjeevan di laman Facebook, Twitter dan Instagramnya itu telah mendapat banyak perkongsian dan tontonan netizen. 


Berdasar video, pegawai terbabit dilihat menyoal siasat warga asing itu sebelum memukul mangsa secara tiba-tiba. Mangsa kemudian menyerang mangsa dengan lebih ganas dengan menendang di bahagian kelangkangnya dan membelasah mangsa bertubi-tubi. 

Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lelaki, namun tidak berbuat apa-apa untuk membantu mangsa mahupun menghalang perbuata rakan mereka itu. 

Di media sosial, netizen mengecam tindakan anggota terbabit yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memperlakukan mangsa seperit hamba adbi. 

"Jangan salahguna kuasa. Baru ada jawatan kerajaan bukan bermakna kau boleh berbuat sesuka hati mak bapak kau," kata Angah Nino. 

"Tak kisah macam mana keadaan sekali pun, pegawai terbabit tiada hak menyerang PATI, kecuali untuk mempertahankan diri," kata Sundra. 

Meskipun begitu, tampil beberapa netizen yang mempertahankan tindakan pegawai berkenaan. 

"Aku rasa, mesti ada sebab mengapa pegawai itu buat camtu. Mungkin warga asing itu bercakap kurang ajar dengan dia. Kalau tidak, takkan dia nak serang perempuan itu saja?" kata Nesh Cool. 

"Kalau yang buat kerja penguatkuasaan ini lemah lembut, alamatnya penuhlah pendatang haram di Malaysia," kata Khairul Annuar. 

Sehingga kini, Jabatan Imigresen masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.