Sah, Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu Dilucutkan


KUALA LUMPUR - Semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, dilucutkan berkuatkuasa 22 April, Jumaat lalu. 

Kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu itu berbunyi:

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman, berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016. 

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku di negeri Terengganu,"


Kenyataan tersebut mengesahkan spekulasi yang tersebar sebelum ini. Bagaimanapun tidak mengesahkan penarikan balik darjah kebesaran itu di atas sebab kemurkaan Sultan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Dateline. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.