Sayu, Bayi Kembar Baru Lahir 8 Hari Kehilangan Ibunya


IPOH - 'Berat mata memandang, lagi berat bahu memikulnya,' demikian luahan Hasnul Zulkarnian akan nasib yang menimpa bayi kembar yang baru saja berusia 8 hari ini. 

Difahamkan, ibu kepada bayi kembar dan 6 orang lagi anak ini telah meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ipoh.

"Keluarga ini diuji Allah apabila ibu kepada 9 orang anak termasuk bayi pasangan kembar lelaki yang berusia 8 hari meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ipoh.

"Duduk di Kampung Changkat Jambu, Kati Kuala Kangsar. Anak sulung baru saja Tingkatan 2. Ayah mereka bekerja sebagai pemandu lori," kata Hasnul. 

Menurut Hasnul, dia baru saja menziarahi arwah di pada jam 11.30 pagi tadi. Jenazah masih belum dihantar kepada keluarganya kerana perlu dipost mortem terlebih dahulu. 



"Yang sedihnya, bekalan air kena potong. Bayi kembar belum mandi lagi sebab tak ada lampin pakai buang. Botol susu pun ada satu saja. Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini," luahnya yang juga sempat memanjat kesyukuran padaNya dengan nikmat yang diberi. 

"Saya akan menziarahi eluarga ini esok pagi, Jumaat 14 April," katanya. 

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan dari segi sumbangan, anda bolehlah berhubung dengan Hasnul Zulkarnain di talian 013-5866864. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.