'Sedih Bila Mama Asyik Layan Phone...'


I was having hectic days dua tiga menjak ni. Sibuk menguruskan macam-macam benda. Dengan Haikal's Outdoor Playgroupnya, dengan gamebooksnya, dengan dateline writings yang bertimpa-timpa. Maka bermula lah fasa menghadap phone dan komputer melebihi menghadap muka anak. I hate it.

Tapi bila tengok Haikal "macam" okay dan faham kesibukan ibunya, I began to take him for granted. 
Nak-nak pulak bila kerja menimbun sedang menunggu, lagi la saiko kepala otak supaya pentingkan kerja dari anak.

Hari demi hari saya mula korbankan masa bermain dengan Haikal. Masa makan sambil berbual dengan dia. Giggle time dengan dia sebelum tidur. Dan banyak lagi hak masa Haikal yang saya korbankan tanpa saya sedar. Dan alasan saya, Haikal nampak okay je. Lagipun untuk 3-4 hari je. Bukan lama pun.

So saya pun rilek menghadap phone/komputer selama mana, tanpa rasa bersalah. Sehinggalah tadi, Haikal suddenly approached me and he slowly touched my cheek.  Saya rasa hairan,  so I kneeled down and looked at him at eye level and suddenly saya perasan air mata dia bergenang. Tak sempat saya tanya kenapa, Haikal dah cakap sesuatu yang betul-betul meruntun hati saya and this is what he said,

"Mama kenapa sekarang asyik tengok phone dengan komputer je. Kenapa mama dah taknak tengok Haikal. Haikal rindu mama. Tapi mama dah taknak tengok Haikal. Haikal takde mama lain. Haikal rasa sedih sangat," katanya.

Ya Allahhh! Saya terus peluk Haikal kuat-kuat dan minta maaf berkali-kali.  Rupanya sepanjang 3-4 hari yang saya "rasa" Haikal okay tu, he actually tried to understand, tried to not disturb me, tried to wait for me, DIA CUBA SABAR, dan perhatikan saje. Tapi hari ni mungkin dah terlalu lama dia tahan, maka dia luahkan juga dengan air mata. 

Mama minta maaf sayang. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk bawa mama semula ke landasan yang betul. I always love you. Thank you Allah for this reminder.  Haikal is all i need. Maafkan mama sekali lagi. Jangan berhenti perhatikan mama. I will try my best, i promise. - Adlil Rajiah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.