Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu Ditarik Balik?


KUALA TERENGGANU - Semua gelaran kebesaran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, ditarik balik petang Jumaat lalu, lapor Malaysia Dateline, semalam. 

Menurut seorang pemimpin UMNO dari Terengganu yang mempunyai hubungan baik dengan pihak istana mengesahkan dakwaan itu. 

"Confirm, cuma belum ada kenyataan rasmi dari Istana. 

"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat lalu. Lepas Jumaat, beliau menyerahkan semua darjah kebesaran," katanya. 

Berita Harian pula melaporkan, Adun Seberang Takir itu enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai dakwaan itu. Sebaliknya hanya mengucap ringkas, 'terima kasih' dan terus beredar dari Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, hari ini. 

Di majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu juga, pengacara majlis hanya sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu, bukan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain sebelum ini. 

Terdahulu, bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said pernah mengusulkan undi tidak percaya pada Razif, namun ditolak oleh speaker, Datuk Mohd Zubir Embong. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.