'Siapa Main Penuh Malam Ini, Saya Bagi RM10,000' - Vida


KUALA LUMPUR - Video pengasas Pamago Qu Puteh, Datuk Seri Vida, menawarkan habuan RM10,000 kepada pemain Kelantan dalam perlawan menentang pasukan Johor Darul Takzim malam Jumaat lalu, viral di media sosial. 

Video berdurasi 3 minit itu dimuat naik oleh laman Johorean Sport Team , telah mendapat 745 shares di Facebook. 

"Patutlah Indra Putra dengan Brendan sampai berdarah-darah tak nak keluar dari padang. Main kerana duit habuan RM10,000 dedak pamoga ini. Ish.. ish," katanya. 


Patutla indra putra dengan brendan gan sampai berdarah2 xnak keluar dari padang...oooo...main kerana duit habuan 10k dedak pamoga ni...ish2....@tiger
Posted by JOHOREAN Sport Team on Saturday, April 9, 2016
Tindakan Datuk Seri Vida itu mencetuskan reaksi negatif netizen yang menganggap habuan RM10,000 yang ditawarkan itu akan menyebabkan pemain Kelantan menjadi mata duitan. 

"Ya Allah, asal lah main kerana duit RM10,000 itu? Aduh! Kelakar gile!" kata Fazilah Faz JDT.

"Patutlah semalam beria-ria nak sekat JDT dari menang. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. C'mon lah, JDT main bersungguh-sungguh demi fans dan juga demi negeri Johor. Bukan kerana habuan," kata Saifullah Saiful.

Walaupun begitu, tidak kurang juga netizen mempertahankan tindakan Datuk Seri Vida dengan menganggap RM10,000 itu adalah cara beliau memberi semangat kepada pasukan Kelantan.

"Diorang cari duit nak buat belanja diorang. Bukannya makan duit haram. Datuk Seri Vida bagi dorongan dan duit itu sekadar hadiah, bukannya rasuha. Jadi, baguslah begitu. Sekurang-kurangnya diorang boleh juga seri dengan JDT," kata Amer Huzaifi.  

"Walaupun aku tak suka dengan makcik dalam video ini, tetapi statement Johorean Sport Team tu bagi elok sikit. Semangat kesukanan la, JDT pun apa kurangnya dengan pelaburan dan tawaran-tawaran besar pada pemaini? Inilah namanya strategi," kata Isz Ash - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.