Suami Patut Menangis Bila Tengok Isteri Tak Terurus, Bau Bawang


Suami bila tengok isteri tak terurus, bau 'bawang', suami patut menangis dan pegang tangan isteri dan berkatalah,

"Terima kasih sebab jaga anak sehingga awak tidak terurus,"

Saya tidak reti nak menulis 'pengorbanan' seorang isteri lagu mana. Mata isteri saya dah banyak hari merah, lebam sebab tak cukup tidur. Anak pula aktif menyusu tanpa mengira waktu.

Kadang-kadang naik kereta menangis seorang diri. Buka iPad letak di depan sambil tengok gambar anak dan isteri. Hati berkata,

"Hebat! Allah s.w.t bagi kudrat kepada seorang isteri untuk menjaga semua hal rumahtangga termasuklah berjaga malam untuk pastikan anak kenyang,"

Bukan sehari, sebulan, setahun, bahkan tiga tahun, 5 tahun tak cukup tidur. Sebagai suami, letak 'nyawa' sebagai taruhan untuk isteri dan anak. Bawa isteri dan anak kepada agama yang sempurna. 

Isteri pula jangan lupa sentiasa mengucap terima kasih kepada suami. Taat suami walaupun penat. Allah beri ganjaran yang cukup 'besar' untuk isteri jika taat kepada suami. Ada masa solat bersama, suami doa dan isteri aminkan. Doa agar Allah ampunkan dosa dan kekalkan hubungan sehingga ke syurga. Doa agar hubungan sentiasa harmoni.

Suami, jangan lupa beli hadiah untuk isteri. "Sayang, nah iPhone 6S untuk awak," - Matt Rangers | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.