Tabung Haji Nafi Ada Usahasama Dengan PTPTN


KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) hari ini mengeluarkan kenyataan penafian mengenai dakwaan seorang pelajar master yang kehilangan wang simpanannya RM30,000 diambil oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Screenshot perbualan mesej WhatsApp yang dihantar oleh pemilik nombor 019-3311238 yang tertera nama, Ahmad Rodzi, menyatakan bahawa wang simpanannya sebanyak RM30,000 di TH telah diambil oleh PTPTN tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. 

"Merujuk kepada mesej pendebitan sejumlah wang dari akaun simpanan TH bagi membayar pinjaman PTPTN yang tersebar di media sosial, segala maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar dan berunsur fitnah. 

"TH ingin menegaskan bahawa tiada sebarang usahasama di antara TH dengan pihak PTPTN," kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH. 

Kenyataan terbaru TH itu sekaligus menafikan dakwaan PTPTN menganiaya peminjam seperti yang tersebar di media sosial. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.