Telefon Meletup Bila Tekan Butang Jawab Panggilan


YAN - Seorang pemandu bot cedera di bahagian muka kanan, telinga, dada dan tangan kanan apabila menekan butang menjawab panggilan telefon. 

Dalam kejadian pada jam 3 pagi tadi, Muhammad Syawal Md Isa, 27, yang sedang tidur bersama anak perempuannya berusia 3 tahun, bangun dari tidur untuk menjawab panggilan telefon. 

Namun, telefon itu tiba-tiba meletup dengan kuat ketika menekan butang jawab, menyebabkan mata, muka dan tangan kanannya terasa sakit, lapor Harian Metro.

"Saya berlari ke rumah ibu saudara untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Yan," katanya. 



Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Wad Oftalmologi (mata) untuk rawatan pakar. 

Pemeriksaan awal mendapati, mangsa cedera di telinga kanan, permukaan kulit terbakar dengan seperihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan. 

Selain itu, kornea mata kanannya juga luka dan terdapat serpihan bendasing dalam matanya serta mengalami pendarahan di telinga kanan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.