Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Temui Bayi Dalam Kotak Di Bawah Pokok Sawit


    MIRI - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dijumpai dalam sebuah kotak di Simpang Universiti Curtin, hari ini. 

    Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan tuala dan kain sarung, oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut pada jam 1.32 petang. 

    Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, lelaki itu terdengar bunyi tangisan bayi berhampiran ketika dia mahu membuang air kecil. 

    Setelah memeriksa keadaan sekeliling, dia kemudian menjumpai bayi itu yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah pokok sawit, lalu menghubungi polis. 

    Siasatan awal polis mendapati, bayi itu baru saja dilahirkan. Tiada sebarang tanda kecederaan. Bayi itu telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut. 

    Polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.