Terkejut 'Beruk' Dapat Bil Maxis RM781.40!


25 Mac 2016 lalu, aku decide nak tukar Maxis ke Celcom sebab data yang Celcom tawarkan memang sangat bombastic. Memandangkan aku ini memang kerja stream video saja, 5GB adalah tidak mencukupi. Sudah register di Celcom, tinggal nak aktifkan simcard sahaja dalam masa 24 jam. 

26 Mac 2016, Maxis menghubungi aku, tawarkan pakej RM188 (unlimited call+8GB data+Spotify) tanpa kontrak dengan harga RM88. Memandangkan aku sudah 18 tahun bersama Maxis, aku setujukan saja sebab malas sebenarnya nak tukar service provider yang lain. Setialah kononnya.

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, bil aku due 24 April 2016. Pagi tadi dapat gaji, ingatkan nak selesaikan segala bil. Bila semak bil Maxis di Maxis Apps, tudiaaa! Sampai RM781.40! Tak tahu dari mana datangnya. 

Bila aku cuba menghubungi Maxis Hotline (123), semua operatornya busy. Tiap kali aku call, aku kena tunggu 5-10 minit tetapi sampai ke sudah tiada seorang pun yang melayan. Cuba menghubungi mereka melalui livechat, pun tak jawab. Cuba di Twitter pun sama juga, reply tweet macam entah apa-apa. Macam tak pandang serius pada masalah pelanggannya. 

Kemudian aku terus pergi ke Maxis Center. Bila disemak, rupa-rupanya Maxis sudah mempermainkan aku. Awal-awal memang dia kata RM88 untuk pakej RM188. Namun, baru-baru ini dia buat plan baru sebab ramai customer sudah beralih arah ke rangkaian telco yang lain. Untuk kes aku, Maxis tukarkan pakej aku dari yang dia janjikan (RM88 untuk 8GB internet data+unlimited call+spotify premium) kepada pakej RM98 yang hanya ada 7GB data dan tiada spotify premium. 

Tak hairanlah pagi tadi aku dapat mesej dari Maxis yang mengatakan Spotify Premium renewed at RM9.99. Aku hairan jugalah sebab dia janjikan free, tiba-tiba dikenakan caj pula pada bil bulanan aku. Dan tentang caj bil RM781.40 itu, Maxis beri alasan sebab aku ada kontrak selama 2 tahun dengan mereka. RM30 X 24 bulan! Kontrak bedah apanya pun aku tak tahulah. Eh seriously memang melampau!

Maxis Center di Seberang Jaya katanya sudah membuat aduan ke ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Tetapi sampai saat aku menulis luahan ini, nombor report pun aku masih tak dapat. Aku sangat-sangat kecewa dan menyesal tak berambus ke Celcom hari itu. Biar Maxis bankrap terus. 

Kesimpulannya, servis Maxis dari segala bentuk memang aku kategorikan sebagai teruk gilalah. Jadi kepada pengguna Maxis yang lain, berhati-hatilah dengan penipu Maxis ini. 

*KEMASKINI

Aku dah hubungi Maxis sebab nak kepastian. Tak ingin aku bayar sampai beratus-ratus ringit. Selepas 20 minit menunggu, akhirnya adalah pegawainya yang menjawab. Bila ditanya tentang kes aku, mereka kata tak perlu bayar sampai RM781 dan mereka bagi aku pakej MaxisONE yang ada data internet 7GB tetapi dengan harga RM88. Maknanya rebat RM10. Bukannya rebate RM100 dari pakej RM188. 

Masih tidak mengikut apa yang dia janjikan semasa aku nak port out. Bila aku tanya kenapa tak buat seperti apa yang dijanjikan sebab aku rasa dah kekurangan 1GB data (yes! sebagai pelanggan aku wajar demand). Dia kata, dia tak boleh buat dua tawaran sekali gus. Begitu pula jawapannya? Hari itu kalau aku minta data 80GB pun kau bagi jugalah kan?

Kesimpulannya, aku masih rasa tertipu dengan janji-janji Maxis ini. Haih la Maxis, bankrap sajalah kau. - Rozalizda | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.