Tetap 'Anak Luar Nikah' Walaupun Sudah Bernikah - ISMA


SHAH ALAM - Kandungan sebelum perkahwinan yang bertujuan menutup kes rogol, masih tetap dianggap sebagai 'anak luar nikah' meskipun pernikahan itu sah, kata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). 

"Anak yang dilahirkan di luar nikah walaupun mangsa mengahwini perogolnya, dengan andaian gadis itu hamil, bayi itu kekal menjadi anak tidak sah taraf walaupun ibu bapanya berkahwin. 

"Jadi, kita membenarkan sesuatu yang tidak halal berlaku, berselindung di atas nama undang-undang," kata presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman, lapor The Malay Mail Online

Dalam agama Islam, perkahwinan dibenarkan, tetapi mesti melihat pada konteks dan bukan hanya teks (undang-undang). 

Sabtu yang lalu, The Malay Mail melaporkan  Pengarah Kanan Undang-Undang Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohd NAzri Abd Rahman berkata, ibu bapa menyalahgunakan enakmen syariah dengan menikahkan anak mereka yang masih di bawah umur yang menjadi mangsa rogol. 

Di Malaysia, undang-undang sivil menetapkan umur minimum untuk perkahwinan adalah 18 tahun bagi kedua-dua jantina. Manakala mereka yang di bawah umur perlu mendapat kebenaran dari Menteri Besar atau Ketua Menteri. 

Dalam undang-undang Islam pula, usia minimum untuk berkahwin bagi lelaki adalah 18 tahun, 16 tahun bagi kanak-kanak perempuan. 

Mahkamah Syariah memegang kuasa untuk memberikan kebenaran kepada gadis-gadis Islam di bawah 16 tahun yang ingin berkahwin di mana permohonan boleh dibuat oleh mereka atau ibu bapa mereka di mana-mana kaunter perkahwinan, perceraian dan perdamaian di Jabatan Agama negeri masing-masing. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.