Trend Bersalin Homebirth/Waterbirth Adalah Bertentangan Dengan Syariah


Sewaktu menghadiri kelas agama baru-baru ini, saya sempat berkenalan dengan seorang doktor wanita Iraqi, warganegara Kanada. Bermula dengan hanya bertegur sapa, seterusnya menjadi perbualan padat dan serius. 

Beliau bertanya, adakah di Malaysia sekarang trend bersalin di rumah?

"I heard conversations about homebirth this, waterbirth that; and I wonder do Malaysian Government provide midwives and hospital support for those homebirth mothers?" 

Saya kata belum ada, kurang sesuai dari segi logistik dan teknikal. 

Dia tanya lagi, "Habis? Siapa yang uruskan ibu-ibu homebirth itu?"

Saya beritahu hanya doula berbayar (selepas berkursus beberapa jam) dan juga suami sendiri. 

Jawapan saya membuatkan dia terperanjat. Rupa-rupanya sewaktu dia kecil dulu, dia adalah pelarian dan telah banyak menyaksikan insiden kematian ibu-ibu bersalin di kem pelarian disebabkan tiada bantuan perubatan. Kehidupan begitu teruk kerana bantuan perubatan hanya datang sekali-sekala.

Disebabkan itu, sewaktu mula menjadi doktor dulu, dia menyertai MSF (Medicin Sans Frontiers) kerana mahu membantu pelarian. 

Diceritakan pengalamannya berkhidmat di Afghanistan sewaktu Taliban memerintah, ramai ibu-ibu muda berniqab yang sanggup berjalan berpuluh-puluh kilometer hanya kerana mahu melahirkan anak di klinik bergeraknya. Sebaik berehat sejam dua selepas bersalin, mereka akan berjalan pulang menggendong bayi sejauh 20-30 kilometer.

Untuk apa mereka berkorban memberanikan diri bersembunyi dari tentera Taliban dan mendapatkan bantuan perubatan? Demi menyelamatkan nyawa bayi. Mereka tahu jika melahirkan anak di rumah, belum tentu nyawa ibu dan anak terjamin. 

Hairan sungguh dia bila mendapat tahu ibu-ibu di Malaysia sanggup mengadai nyawa bayi demi keselesaan diri sendiri dan terbawa-bawa dengan trend. 

"Don't they know it is against syariah to deliberately endanger life by doing that? Something is seriously wrong with them!" ujarnya. 

Bersungguh-sungguh beliau bercerita sehingga berpeluh-peluh dalam kepanasan El Nino (beliau juga berniqab). 

Sejurus berpisah, saya terfikir orang di sana berjihad mempertahankan nyawa. Tetapi ibu-ibu di sini sibuk nak menyerahkan nyawa (syahid bersalin di rumah kononnya). Sebenarnya jihad yang ibu-ibu ini benar-benar perlukan ialah jihad menentang kejahilan. Seterusnya jihad menentang keegoan. Jihad menentang nafsu itu sepayah-payah jihad. - Hana Hadzrami | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.