(Video) 'Aku Tak Mencuri! Lepaskan Aku!'


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia lingkungan 20-an cedera dibelasah orang awam di kawasan Perumahan PPR Hiliran Kuala Terengganu, hari ini. 

Lapor laman Wartawan Jalanan, remaja lelaki terbabit didakwa mencuri di Bangunan Blok C PPR Hiliran dan ditahan serta dibelasah sekumpulan penduduk sebelum diserahkan pada pihak berkuasa. 

Siasatan awal mendapati, remaja terbabit telah dikejar dan dipukul di pasar raya Giant sebelum ini kerana didakwa mencuri di mana dia telah membawa mengambil barang dan keluar tanpa membuat pembayaran. 

Bagaimanapun, setelah ditegur oleh kakitangan Giant, remaja itu membuat pembayaran dan keluar. 

Ekoran polisi pasar raya tidak membekalkan plastik pada setiap hari Sabtu, remaja itu disangka mencuri.

"Mereka menuduh remaja itu mencuri. Tidak puas hati dengan penafian, mereka membelasahnya. Bagaimanapun mangsa berjaya meloloskan diri ke flat PPR yang berdekatan dengan pasar raya tersebut," kata sumber. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.