(Video) 'Hotel Sampah! Hotel Bodoh! Staff Bodoh! Manager Pun Bodoh!'


BUKIT FRASER - Tindakan seorang lelaki yang mahu membaling pasu bunga pada pengurus sebuah hotel tersebar di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada malam kelmarin, Pengurus Hotel Shahzan Inn, Azizi Aziz, mendakwa lelaki terbabit yang datang bersama anak dan isterinya menginap di hotel mereka telah menampar pelayannya hanya kerana lambat memberikan layanan.

"Dia tampar muka seorang waiter atas alasan lambat memberikan layanan pada dia. Waiter itu budak baru, sudah ditampar dua kali pun masih minta maaf. 

"Jadi, saya dengan majikan cuba berbincang dengannya di lobi hotel. Namun kata-kata yang dilemparnya seperti 'hotel sampah, hotel bodoh, staff bodoh dan manager pun bodoh' sambil menunding jari pada saya dan majikan. Siapa yang tahan diperlakukan seperti itu?

"Dia cakap kami ini Melayu bodoh, sampah. Jadi, saya bangun dan cakaplah 'kalau Melayu itu bodoh, kaulah Melayu itu,' menyebabkan dia terus mengamuk dan mahu membaling pasu itu pada saya," jelasnya. 

Up video satu kali..biar kurang pandai..jangan kurang ajar !!
Posted by Azizi Aziz on Monday, April 4, 2016
Lelaki terbabit turut menghina tetamu berbangsa inggeris yang kebetulan berada di situ. 

"Lelaki itu kata Mat Salleh ini semua pencacai kutip taik di negara mereka, jadi tak usah nak layan lebih-lebih serta jangan jadi bodoh," katanya. 

Difahamkan, lelaki itu mengakui dia berasal dari Kuala Lumpur, berstatus orang kaya dan isterinya memegang jawatan 'manager' di Petronas. Dakwa lelaki itu lagi, mereka sudah terbiasa menghadap Melayu miskin yang memberikan layanan kepada Melayu kaya seperti mereka.

"Kami yang miskin dikatanya sampah dan bodoh. Suami isteri sama-sama tiada budi bahasa langsung sampai sanggup menghina bangsa sendiri," katanya.

Difahamkan Azizi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.