Watson Malaysia Dah Mula Jual 'Vibrator'?


KUALA LUMPUR - Lapor laman Says.com, Watson dikatakan mula menjual alat pemuas nafsu wanita, Smile Makers, yang telah dirasmikan pada 12 April lalu. 

Menurut laman itu, 'vibrator' wanita itu dilancar bersama dengan sebuah lagi produk pelincir, dirasmikan di Hotel Pullman. 

"Personal massagers" secara umum boleh menjadi topik yang memalukan bagi sesetengah pihak. Namun, Smile Makers mahu mengubahnya.

"Dengan kehadiran lebih 3,000 kedai kesihatan dan kecantikan di Eropah dan Asia, jenama itu mahu merevolusikan dunia kesejahteraan seksual,"




Diilhamkan dengan kepercayaan bahawa 'kecantikan bermula dengan senyuman', misi Smile Makers adalah mahu penggunanya berasa normal bila berbual mengenai hal-hal seksual. 

Produk Smile Makers datang dengan empat variasi iaitu, Frenchman, The Fireman, The Millionaire dan The Tennis Coach yang setiap satunya dilengkapi dengan fungsi khasnya tersendiri. 

Produk itu boleh didapati pada harga RM129 seunit dan boleh didapati di kedai Watson Malaysia atau laman webnya. Selain itu, Smile Makers turut dijual di Lazada. 


Kajian ringkas laman Says.com mendapati, sebanyak 48% netizen menganggap produk itu comel dan mahu memilikinya. 27% pula mengundi mahu menunggu review dari pengguna. Manakala baki 25% lebih gemar mendapatkan yang 'original'. 

Benarkah Watson jual vibrator? - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.