'WMG4854 Parking Macam Khinzir' - Khairul


Saya pergi ke bank pagi tadi. Anak terlelap dalam kereta, jadi saya tinggalkan dia dengan isteri, dengan enjin dan penghawa dingin tidak dipadamkan. 

Jam 11 pagi, selesai urusan dengan pihak bank, saya kembali ke kereta. Ternampak ada sebuah kereta menghalan laluan kereta saya dan dua buah kereta yang lain. 

Saya menjenguk ke kereta itu, cuba mencari nombor telefon kalau-kalau ada ditinggalkan di dashboard. Malangnya tiada, brek tangan ditarik dan gear ditempatkan di gear parkir. 

"Tak boleh tolak nampaknya,"

Saya bertanya pada isteri sama ada ternampak pemandunya, katanya dia tidak perasan. Saya cuba bertanya lagi pada dua pakcik di luar. Mereka kata, cuba bertanya di dalam bank, Petronas atau A&W. Saya akur dan berjalan ke bank, sampai ke bank saya buat pengumuman. Tiada juga yang tampil. Saya naik ke tingkat atas, pun tiada yang menjawab. 

Saya pergi ke A&W, dengan harapan pemilik kereta itu keluar. Tiada juga. Begitu juga dengan Petronas, hanya memberikan kehampaan.

Suhu el nino ini semakin mendidihkan kemarahan. Kembali ke kereta, masih tiada yang muncul mengalihkan kenderaan itu. Saya lihat, kereta Honda Jazz yang juga menjadi mangsa pemandu yang tidak bertanggungjawab itu menunggu di dalam kereta. Saya ketuk tingkap dan bertanya. 

"Dah berapa lama menunggu?"

"Adalah dalam setengah jam begitu. Aku parkir sebab nak beli air di Petronas. Tahu-tahu dah kena halang sampai sekarang," katanya.

Makin menyirap darah ini. Ikutkan hati, mahu saja hempuk cermin kereta itu denganb batu, turunkan handbrake ke bawah dan tukar gear ke gear N dan tolak. Tetapi isteri saya menasihatkan agar tidak berbuat demikian. 

Saya kembali semula ke bank, Petronas dan A&W dengan harapan pemilik kereta itu muncul, tetapi gagal. Sudah genap 1 jam saya menunggu.

Saya perhatikan kereta, mujur kereta saya di tepi. Yang dihalang adalah separuh bahagian hadapan kereta tadi dan tiang. Kakak Petronas datang dan meminta saya cuba mencabut tiang agar saya boleh keluar dari situ. 

Orang ramai sudah berkumpul, dua tiga orang datang membantu mencabut tiang. Kami umpil dasar tiang, gegarkan, sepak. Alhamdulillah, dalam 15 minit berjaya juga usaha beramai-ramai itu. 

Hampir 10 minit, isteri cuba mengeluarkan kereta dengan penuh berhati-hati. Orang ramai juga membantu dan akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah. 

Saya tidak tahu bagaimana pemilik Honda Jazz yang jauh ke dalam mahu keluar. Ikutkan situasi, saya memang sudah terlalu lambat untuk segala urusan lain. Selesai kereta dialih, saya ambil tiang tadi dan letakkan di atas cermin depan kereta tadi. 

"Eh janganlah dik. Nanti ada yang kata kami buat," pinta akak Petronas. 

"Dia takkan kata Petronas yang buat kalau dia sendiri perangai umpama khinzir. Saya yakin dia tahu dia menghalang kereta yang lain tetapi terlalu takut untuk tampil keluar," kata saya. 

Buat pemandu WMG 4854, layak mendapat jari tengah. Anda parkir macam khinzir! - Khairul Aiman Hamdan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.