10 Permintaan Mengarut Dari Pelanggan Yang Selalu Buat Peniaga Stress


Orang Malaysia ini memang unik. Maklumlah 'Truly Asia' kan, satu dunia kenal Malaysia. Tetapi di dalam keunikan itu, terselit juga beberapa parasit yang boleh dilabelkan sebagai 'bangang' bilamana mereka meminta benda-benda yang tidak masuk akal. 

Senarai permintaan para pelanggan di bawah ini, seringkali dihadapi oleh para peniaga tak kira realiti atau online. 

Harap selepas membaca post ini, tiada lagi yang buat perangai seperti itu ya. 

1. Ada tak sesiapa di sini jual nasi beriyani kambing tapi bajet dalam RM3 sepinggan? Nak urgent!

2. Ada tak bakers yang boleh buat kek coklat indulgent saiz 6 inci ke, 8 inci pun tak apa, tetapi nak sebiji, bajet dalam RM20 sahaja. Nak bagi surprise pada mak esok. 

3. Ada tak siapa-siapa tahu di mana boleh dapat kek lapis Sarawak sebiji saiz 9 inci bajet dalam RM35? Nak hari Sabtu ini. 

4. Mana nak cari ekzos motokap nak ganti sebab dah pecahkan ekzos motor budak rumah. Bajet dalam RM15 siap pasang. Kalau ada, PM please!

5. Sis, saya nak order set BBQ. Nak ada ayam, sosej, satay, otak-otak. Untuk menu utama nak kambing, sotong, udang untuk 8 orang makan. Bajet RM6 seorang. Udang sis bagi udang galah boleh sis? Kalau ada lobster pun boleh juga sis. Nanti bagi diskaun sikitlah ye. Bajet ciput sis. 

6. Bro, PM Ferrero Rocher set 60 biji itu. Nak buat hantaran. Boleh tak nak minta siap deco? Reben warna kuning merah. Kalau ada bunga ros sikit, tolong hiaskan sekali ya. Bajet RM25 sekali dengan Ferrero Rocher itu.

7. Dik, akak nak beli facial foam itu tetapi nak separuh botol saja. Bajet dalam RM10 boleh dapat tak? Full size RM250 kan? Ini nak try saja dulu.

8. Saya mencari pelamin sanding nikah kahwin nak pakai untuk pengantin 4, kerusi cleaopatra 2 set include. Bajet Rm150 sebab pakai sekejap saja kan? PM Ya! 

9. Saya mencari designer banner dan bunting untuk marketing purpose. Gambar tolong shoot sekali model dua orang, siap dengan design. Bajet dalam RM50 all in. Gambar itu nanti saya sediakan kamera, designer, tolong shoot sekali ya?

10. PM tanah kubur satu petak please, urgent! 

Miraculously idiot! - Ex Supir | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.