'7 Mei, Berakhirlah Segala Penderitaan Abang...'


Sayu membaca luahan dari seorang wanita ini mendapat perhatian dan simpati dari netizen. Noorshafina Yusop, dari Kulim, Kedah, baru saja kematian suaminya yang tercinta akibat kanser paru-paru di tahap empat. 

"Abang, 7 Mei 2016, berakhirlah segala penderitaan abang di dunia ini. Semoga abang tenang di sana. Na berjanji yang Na akan jaga amanah abang ini sebaik mungkin. Kini hanya anak-anak tempat Nak bergantung kasih. 

"Na rindukan abang, terlalu cepat abang pergi meninggalkan kami semua. Nak belum bersedia abang, tetapi Na redha dengan apa yang terjadi. Na akan simpan semua kenangan kita selama ini. Takkan sesekali Na lupa. 

"Abanglah suami, kawan dan tempat Na mengadu selama ini. Na tahu, Na bukanlah isteri yang sempurna, banyak kekurangan Na selama ini. Tetapi abang tetap setia hidup dengan Na.

"Abang, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir abang pada Na, "Abang sayang Na..". Na sedih bang, selepas ini Na takkan dengar lagi kata-kata itu dari abang. 

"Terima kasih abang sebab menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik buat Na dan anak-anak. Na dengan anak-anak sayang abang sangat-sangat. Kami akan selalu kirimkan doa buat abang di sana. Semoga abang ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin.." katanya.


Pemergian arwah Johari Hasim meninggalkan isteri dan dua orang anaknya, yang mana salah seorangnya adalah 'anak istimewa' (Cerebral Palsy). 

Difahamkan, Puan Noorshafina tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak dan suaminya. Beliau perlu berada disamping kedua-dua insan tersayang itu sepanjang masa. 

Bagi mereka yang sudi membantu, bolehlah menghubungi beliau melalui Facebook. Kami tidak dapat menyertakan nombor akaun bank, kerana tidak pasti sama ada nombor arwah Johari Hashim masih dapat digunakan atau tidak.

Al-fatihah untuk arwah Johari Hashim. Takziah buat Puan Noorshafina sekeluarga, moga tabah menghadapi dugaan ini. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.