'Abang Tak Pergi Sekolah, Nanti Jadi Bodoh Macam Pakcik Ini Jual Nasi Lemak Setiap Hari'


Pagi ini, berlaku sesuatu yang menarik di depan aku. Pagi tadi aku beratur untuk membeli nasi lemak di tempat biasa. Nasi lemak brader ini harga RM1.00, kecil saja nasi lemaknya tetapi sedap dan banyak lauk. Jadi, saya pun sukalah. 

Dipendekkan cerita, ada seorang akak ini datang naik kereta Proton Waja berhenti di depan kedai dia. 

"Eh? Suka hati dia saja parking belakang motor aku, aku pula yang kena menyelit nak keluar nanti,"

Dengan anak dia yang asyik merengek entah kenapa, mungkin anaknya tak mahu pergi ke sekolah. Anaknya dok bising-bising kata nak cepat. Jadi, akak ini meminta pesanannya dibuatkan dulu. 

Disebabkan hanya aku dengan seorang pakcik ini saja yang tinggal, kami pun mengalahlah sebab tengok anak dia pun dah asyik merengek saja. Kasihan pun ada.

Agaknya dia dah bengang dengan anak dia, dia pun soundlah anak dia di depan kami. 

"Abang!! Janganlah buat mama camni. Kalau abang tak nak pergi sekolah, nanti abang jadi bodoh, mama tak tahu. Nanti abang jadi macam pakcik ini, kena jual nasi lemak setiap hari. Abang nak jadi macam tu?!" 

Anak dia senyap sekejap. Aku pandang saja brader yang jual nasi lemak itu. Muka dia kelat tetap dia senyum saja. Pakcik di belakang aku geleng kepala saja. 

Selepas nasi lemak akak itu siap, akak itu pun beredar sambil membebel pada anaknya. Aku pandang brader itu dan tanya,

"Bro, kau okay bro?"

"Saya okay saja bang. Nak buat macam mana bang, kerja jual nasi lemak saja," katanya sambil tersenyum. 

"Sedap mulut dia saja kata tak sekolah jadi bodoh kena jual nasi lemak. Kalau bini aku, confirm dah kena lempang," sambung pakcik di belakang. 

"Eh, jangan macam itu, dia berniat baik kota sebab nak didik anak dia. Takpelah pakcik, saya tak kisah pun," katanya. 


Masa itu, kebetulan pula plastik untuk bungkus lauk dah habis. Dia minta aku tunggu sekejap, nak ambil plastik katanya. Relaks saja dia pusing belakang, ambil kunci kereta dia sambil berjalan ke kereta BMW 535i, buka bonet ambil plastik untuk bungkus lauk. 

Perghh! Jual nasi lemak pakai 5 series beb. Model 2011! 

"Cantik kereta bro, mahal tak?" 

"Biasa je bro, saya ambil pun kereta recon. Nak buat loan tak lepas, terpaksa kumpul duit nak ambil cash, minat punya pasal," katanya. 

Kalaulah akak tadi tu ada, betapa bestnya kalau kena setepek pada muka dia. Brader yang kau cakap tak sekolah, bodoh sampai kena jual nasi lemak pakai 5 series. Kau pakai Proton Waja je pun. - Nadzmie | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.