'Aku Gagal Menjadi Sahabat Yang Baik Bagi Dirinya...'


Kisah yang lama tersimpan dalam hati, di sudut yang paling dalam. Andai perkongsian ini ada kebaikan, ambil iktibar. Jika ada keburukan, maaflah datang dari saya. 

Rindu itu datang mengetuk hatiku. Sahabat, andai kau masih ada, inginku memeluk dan menceritakan segalanya yang aku pendam sejak kau pergi. Tentang kejayaan, kejatuhan aku, dugaan, kawan, keluarga, cinta dan macam-macam lagi. 

Aku tahu kau akan memegang bahuku. Kau diam seribu bahasa dan takkan memotong sepatah pun ceritaku. Kau dengar dari awal hingga ke akhirnya seperti yang pernah kau lakukan suatu ketika dahulu. Tetapi itu semua andai kau masih ada. 

Kini, setelah aku ceritakan segala-galanya pada Tuhan, hati ini digerakkan untuk bercerita di rumah baru kau. Menangis, tanpa ada sesiapa yang ambil peduli. Karut kalau aku katakan seperti kau sedang memegang bahuku saat aku ceritakan. Tetapi apa yang aku rasa adalah kelegaan bila meluahkan di tanah kering bernisan terpahat namamu sahabat, Muhammad Amir Fadzli bin Suhaimi Fadzil. 

Kau masih ingat saat kita bersusah payah sebulan pertama kita bekerja? Hari hari makan nasi goreng lebih kan? Satu pinggan kongsi dua. Aku makan dulu, kau pula habiskan. Sebulan kita begitu, segala-galanya berkongsi. Sebab apa? Sebab kita baru nak naik pek masa itu. Bilau kau dapat gaji pertama, sampai ke Seremban kita berjalan. Kau belikan aku rokok Dunhill. Kau belikan minyak 2T, kau isi minyak aku penuh. Aku tahu kau cuma ingin membalas jasa aku tetapi aku tak mengharapkan semua itu. 

Saat itu kita semakin rapat, makan sepinggan itu satu kewajipan kita kan Apek? Semakin kita maju, semakin ramai yang benci. Siapa musuh aku, kau jadikan musuh kau. Siapa musuh kau, aku jadikan musuh aku. Kita main moto, kita tak susahkan orang, tak cari musuh. Tetapi orang benci bila kau ada bakat rider. Bila keluar, kau jaga aku, aku jaga kau. Pergi sama, balik sama. Enjoy kita berbatas tanpa menyusahkan orang lain. Kerja tetap kerja, enjoy tetap enjoy. 

Tak lama kita begitu, tiba zaman kita jatuh. Moto masing-masing asyik problem, asyik hantar pada pomen. Hahaha! Nak upgrade sangat kan pek? Kering poket jadiny and the last, moto kau tersadai di bengkel, moto aku tersadai di bengkel. Kita sama-sama kerja keras pula main OT di tempat kerja. 


Nak cari duit lebihlah konon. Nak hidupkan moto balik sebab dah nak dekat raya kan. Kerja, kerja, kerja, kerja, lepak, kerja, kerja. Then kita menyambut bulan ramadan. Tiba-tiba bos tukarkan syif kita. Kita dah tak sama syif. Aku kerja pag, kau kerja malam. Begitu juga sebaliknya. Kita jumpa pun bila nak tukar syif saja. Tetapi masih ada peluang, kita ambil cuti pada hari yang sama. Hehehe! kita jalan-jalan juga. Lepak-lepak juga, happy happy. Eh! Seronok sangat. 

Oh lupa, ada suatu hari itu, kita nak tukar syif. Aku masuk malam, kau kelam kabut nak balik, tak nak lepak-lepak. Aku pun peliklah dan tanya kenapa.

"Mak aku masak ayam masak kicap," 

Okay, baru teringat itu makanan kegemaran kau. Seperti biasa aku nasihatkan agar kau berhati-hati dalam perjalanan. 

Hampir nak raya, aku berjaya siapkan moto aku. Moto kau masih tersadai. Aku buat moto aku untuk raya, pasang boxlah, set mirror kiri kanan., Biar nampak standard habis. Cuma ekzos prapp prapp pula. 

Raya pertama, kedua, ketiga, kau kerja seorang satu syif. Partner kau masing masing ambil cuti. Kau kerja juga sebab masa itu bayar triple. Kau nak cara duit lebih, kau sanggup. 

Kau kuat Pek, Ada satu hari itu kau chat dengan aku di Facebook. Masa itu aku kerja malam. Kau cakap teringin nak makan nasi lemak alsalam di tingkat bawah. Aku cakap, nanti, sebab aku tertinggal duit dalam laci.  Lepas itu kau kata terima kasih. 

Petang esoknya, aku masuk syif, aku perasan hari-harikau tulis di buku stok itu, 

"Raya tak jadi.." 

Hari-hari Pek, tetapi aku tak dapat tangkap apa-apa sebab aku fikir mungkin disebabkan motosikal kau masih tersadai di bengkel. Hari-hari Pek, tetapi aku tidak dapat menangkap maksudnya. Status Facebook kau banyak berkongsikan tentang kematian. Status di Facebook semua berkaitan mati dan ajal. Kau selalu dengar lagu Bila Tiba dari band ungu jika tidak silap. Aku pun layan juga sebab mungkin lagu itu memang sedap. Haha! Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah raya ke-6. Aku masuk kerja jam 6 petang, dan kau habis jam 6 petang. Waktu kita tukar syif. 


Entah kenapa petang itu kau nak balik cepat. Tak silap aku 2 Ogos 2014, hari Sabtu. Emir, Emir saja nak sakat kau, nak ambil gambar kau. 

"Tak payahlah, nanti ramai nak ambil gambar aku," 

Kitorang gelakkan kau Apek, ingat kau poyo. 

Jam 10 lebih malam, kau chat aku di WeChat.

"Amy, pinjam moto malam ini boleh?"

"Nak pergi mana? Enjin baru siap tu, belum habis pantang. Apa-apa jadi nanti susah,"

"Pusing-pusing saja Amy. Kalau owner bagi pinjam moto sampai ke Seremban. Okay juga," katanya. 

"Yela, pergilah. Nanti datang kompleks ambil kunci,"

"Yeay! Owner bagi pergi Seremban. Nanti aku datang, bye," 

Malam tu 11 lebih bersamaan malam minggu, kau datang ambik kunci. Sebelum tu, kau panggil aku duduk kat sofa. Macam ada something kau nak cerita. Aku dengarkan, rupanya cerita kau tentang apa yang kau nampak seorang kawan dating dengan awek seorang kawan kat Dataran Nilai. Kau geleng kepala dengan kerenah kawan kawan sekarang. And the last, kau pesan kat aku. 

"Hati hati amy, zaman sekarang kawan kawan macam *******."

Aku gelak bagaikan menjaga hati. Sebab aku sayang semua kawan kawan aku. Then kau follow aku ke casher nak ambik kunci. Sambil tu kau bergurau dengan kawan kawan lain. Aku masih tak dapat rasa kelainan kau saat saat akhir. Aku pun bagi kunci moto kat kau, sambil kau berjalan keluar. 

Aku jeritkan "Apek!! Jangan lupa cham 2t!!" 

Kau pandang belakang, senyum dan teruskan langkah kaki kau nak turun ke bawah dan kau hilang di pandangan sebalik tangga. Its last conversation. Tapi masa tu aku belum sedar itu last. Jam lebih kurang 3 pagi waktu aku habis kerja. Aku cuba call kau, nak tanya kau kat mana dan bila nak tukar moto. Sebab aku tau kau tak kan balik rumah tanpa moto yang kau bawak keluar. Moto skuter ego kepunyaan Akak kau. Comel betul kalau aku yang bawak kau tau tak. Haha!

Aku call kau dua kali, tapi tak dapat. Batery phone kau habis mungkin. Kata aku pada diri sendiri. Ahh! Emir nak lepak dataran nilai, aku plan emir hantar aku balik then bawak skuter tu pergi dataran lah. Aku suruh dia tukar moto dengan kau je. Sebab aku memang tak larat malam tu, aku nak balik tidur. Dan esok nya..


Esoknya jam lebih kurang 8 pagi, aku di kejutkan dengan tangisan ibunda ku. Aku bangun dengan keadaan mamai. Terus ibunda ku memeluk di sertai ciuman bertalu talu di pipi dan umbun kepala ku. Aku bertanya pada ibunda ;

"Kenapa ni mak?"

"Tadi polis datang"

"Polis tu nak apa?"

"Polis sebut nombor moto kau, dia kata orang yang bawak eksiden meninggal kat labu. Mak ingat kan kau, sebab mak tak tau kau dalam bilik."

Aku terkejut separuh mati, darah ku hilang. Aku berlari separuh bogel ke tandas basuh muka dan berlari ke bilik sarung baju dan seluar. Aku terus terangkan siapa yang bawak moto tu pada ibunda tersayang ku. Dan aku mengajak ibunda dan ayahanda ku ke rumah Apek. Aku berikan Salam bertalu talu tanpa henti sambil menghubungi kawan aku Emir yang bawak moto skuter tu. Tak berangkat. Dan salam di rumah tak berjawab. Membuat kan aku separuh gila. Aku call supervisor tempat kerja menceritakan apa yang terjadi. Dia beritahu yang family Apek balik ke kampung... akhir sekali aku dapat hubungi emir, aku kata datang rumah aku sekarang. Aku terus ajak ibunda dan ayahanda balik ke rumah. 

Sampai ke rumah Emir dan Firdaus da tunggu di luar rumah. Aku ajak mereka ke labu, dalam perjalan aku cerita kan segalanya. Suasana sepi diam seribu bahasa. Sampai di labu, aku lihat banyak kenderaan di bahu jalan. Aku syak ni lah tempat kejadian. Berhenti sahaja kereta, aku turun berlari ke arah van polis. Aku lihat ada bungkusan hitam. Polis bertanyakan siapa aku, aku kenalkan diri yang aku owner moto dan bla bla bla. Aku mintak izin untuk buat pengecaman. Tapi di larang pihak polis kerana jenazah telah di tutup. Hati aku berlawan yang itu bukan Apek. Aku bertanyakan di mana moto? Polis tunjukkan arah dan melarang sentuh apa apa. Aku melintas jalan ke seberang untuk melihat moto. Aku lihat dari jauh saja hati aku sudah lemah. Sampai sahaja di moto, air mata aku mengalir. Aku dapat bayangkan macam mana keadaan terjadi. Aku berpatah balik ke anggota polis bertanya kan


"Jumpa jenazah kat mana Tuan?"

"Sana, di dalam lubang. *sambil menunjukkan tempat yang berbukit"

"Boleh saya pergi sana?"

"Boleh, tapi jangan buat apa apa."

Aku berjalan kaki ke arah lubang tu. Airmata aku deras keluar bagaikan dunia akan berakhir. Sampai saja di lubang berkenaan, segala kekuatan aku tertumpu pada lutut agar menyokong untuk terus berdiri. Keadaan darah yang banyak di kawasan berhampiran lubang. Lubang yang kelihatan agak dalam. Jauh antara lubang dan tempat kemalangan lebih kurang 50 meter mengikut kertas siasatan. Tak tertahan aku di situ. Aku pergi ke arah polis berdekatan. Aku mintak dia cerita kan segalanya. Aku di beritahu, kes ini mungkin kes bunuh, bukan kemalangan biasa jika ikut pandangan mata kasar. Ia pembunuhan tak dirancang. 

Aku di soal adakah aku mempunyai musuh, tak ada jawapan ku. Dia tanya si mati punya musuh? Sekeras alam aku nafikan semuanya. Kerana apa? Kerana aku mengenali arwah bagaimana orang nya. Tidak mungkin orang seperamah dia mempunyai musuh. 

Bersurai.

Sewaktu aku ingin masuk kereta untuk pulang, sebuah Jeep berhentikan kenderaan di sebelah, dua orang berpakaian formal mengenal kan diri. Ohh! Mereka dari IPK Seremban Dua. Dia berikan nombor phonenya pada ku, jika ada sebarang maklumat beritahu padanya.

Aku pulang.... Pulang dengan hati yang hilang. Fikiran yang melayang. Kehilangan dia memberi kesan yang besar. Aku umumkan pemergian Arwah di laman sosial untuk pengetahuan kawan kawan yang lain. Beratus panggilan aku dapat dalam masa seminggu. Ada yang ucapkan takziah. Ada yang memberi semangat. Ada yang berikan maklumat. Segala maklumat aku berikan pada Polis berkenaan. 

Akhirnya beberapa orang dapat di tahan / serah diri. Dua tahun aku mengikuti segala perkembangan arwah dari balai sampai ke mahkamah. Dari awal sebutan kes, hingga di jatuhkan hukuman terhadap 4 orang tertuduh tersebut. Kadang aku pergi bersama abang arwah, kadang bersama ayah arwah. Selama dua tahun lebih. Mendengar setiap hujahan pendakwa raya. Cerita cerita saksi. Bukti bukti polis. Keputusan dokter. Kes di kena 302 k/k gantung sampai mati jika tertuduh bersalah. 

Dan akhirnya, kes selesai setelah dua tahun lebih. 4 orang tertuduh di jatuhkan 304 k/k tak silap aku. Hukuman 4 tahun 6 bulan penjara bermula tarikh tangkapan. Ya! Aku kecewa, kerana pada awalnya dikatakan punca kematian adalah dipukul dan hentakan objek tumpul di dada. Tidak di bentangkan dalam mahkamah. Jarak kemalangan dan lubang tempat menemui jenazah agak jauh dan tidak logik jika arwah tercampak ketika kemalangan. 

Ahh! Saksi utama seorang perempuan jugak tidak memberikan keterangan di dalam mahkamah, sedangkan aku yang tidak berada di tempat kejadian di suruh bersumpah dan berikan keterangan di dalam kandang saksi. Tapi saksi utama yang melihat kejadian tidak buat sedemikian? Aku diam. Tak nak aku berbahas kan tentang undang undang dunia. Jika benar mereka di dipihak yang betul, aku ucapkan terima kasih kerana mengajar aku erti redha hilang sesuatu. Jika mereka salah tetapi keadilan dunia mengatakan mereka betul. Itu urusan mereka dan Tuhan. Aku, cukup sampai sini. Berlajar redha kan sesuatu dan menghargai apa yang ada di depan mata. 

For you info all, perkenalan aku dengan arwah baru setahun lebih. Tapi cara kami mencorakkan persahabatan tu, hanya Allah yang tahu susah senang kami, jatuh bangun kami. Apa yang aku terkilan, adalah awalnya aku sentiasa bersama arwah. Tapi saat kejadian, bagaimana aku boleh lena di atas tilam sedangkan sahabat ku amat memerlukan pertolongan pagi tu. Aku teruk, aku gagal menjadi sahabat yang baik bagi diri dia, tapi dia berjaya menjadi sahabat yang sempurna bagi aku. Segalanya masih tersemat di dalam otak. Kenangan, kerenah dia, gurauan dia, gelak tawa dia, apa yang dia suka dan tak suka. Banyak lagi yang sentiasa bermain di fikiran. Ya! Ini kisah tentang kehilangan seorang rakan karib. Pahitnya lebih pahit dari hempedu landak. Aku berdoa, bukan pada waktu ini aku kehilangan orang tersayang lagi. Al-fatihah. The End 6/6

Muhammad Amir Fadzli Bin Suhaimi Fadzil
9.12.1996 - 3.8.2014 

Hargai lah dengan siapa yang ada dengan kita. Jangan sampai kau rasa apa yang aku rasa. Ianya RASA yang teruk tiada penyudah. Assalamualaikum. - Mohd Suhaimy


"Mengejar Siapa Di Depan, Menunggu Sahabat Di Belakang."


Tak Mudah Lupakan Begitu Saja. Aku Dengan Abang Kau Buat Permohonan Mahkamah Untuk Keluarkan Barang Kes. Alhamdulillah Lulus. 


Aku Bawak Balik, Aku Baraikan Moto Ni. Dengan Air Mata Aku Sekali Barai. Haha! Ramai Kata, Biarkan Je. Jangan Repair. Jual Je. Macam Macam, Aku Berkeras Nak Repair, Sebab Apa? Sebab Dari Sini Kita Kenal Dan Menjadi Sahabat Susah Senang.


Yeay Body Baru Dari Kilang Sudah Sampai. Semua Barang Halal. Terima Kasih Amir. (Abang Arwah.) Yuhuu! 


Dapat Buat Separuh Jalan, Aku Da Dapat Kerja Baru. Busy. Suruh Membe Je Sambung Restore. Haha!


Tu Dia. Siap Akhirnya. Wajah Baru. Cerita Baru. Tapi Kenangan Lama. Cuma Kat Tempat Duduk Ada Conteng Conteng Sikit Lah. Haha!

No comments

Powered by Blogger.