'Amran, Kau Tak Dengar Lagi Jeritan Mangsa Rogol'

Aku sarankan kepada orang yang tak setuju dengan status ini, pergi minum racun dan mati perlahan-lahan atau pilihlah cara apa yang kau nak. Dunia ini sudah sakit dengan segala mak nenek penderitaan, tuntutan kepada engkau sekarang cuma jadi manusia berguna, kalau tak boleh juga, ikut lah nasihat aku. Sudah sekian banyak orang menderita dek ramainya yang berperangai gampang dan celaka, jangan jadi salah seorang.


Lawak Cangkul & Amran Fans

Kononnya pada hari ini, semua orang tahu membuat kritikan sosial, kononnya hari ini semua orang paling hebat memerhati masyarakat dan membuat ulasan. Halaman FB Amran Fans juga tak terlepas melakukan hal ini.

Aku sudah lama menahan sabar atas alasan kebebasan bersuara, maka bantahan aku cuma secara individu atau pun status marah-marah di FB. Bermula dari 'kritikan' terhadap perempuan yang memakai purdah, ibu menyusukan anak sehingga hari ini, yang paling melampau; membuat jenaka jenayah rogol dan bunuh yang sadis menggunakan cangkul.

1. Jenayah rogol yang diikuti dengan pembunuhan secara kejam (bersenjata) bukan hal yang boleh dibuat lawak. Jenaka tahap tak ada akal ini membuatkan perhatian orang terhadap jenayah ini macam kesalahan kau curi pemadam kawan dekat sekolah. Seantero dunia sedang berduka dengan kematian Yuyun, dirogol oleh 14 orang dan Enno, dirogol serta dibunuh dengan kejam dengan sula batang cangkul ke dalam badannya dan kau dengan kebebasan halaman FB boleh buat kelakar?

2. Betapa ramainya orang menderita dari jenayah rogol. Kau ingat perempuan sahaja yang jadi mangsa rogol? Kau lupa kes budak lelaki banyak yang dicabul? Kau lupa tak lama dulu ada budak lelaki yang diliwat dan disula sehingga ususnya pecah di Malaysia ni? Kalau engkau lupa apatah lagi tak tahu, jangan berani-berani berjenaka hal-hal semacam ini. Kau tahu apa kesan psikologi jenayah rogol kepada mangsa dan keluarga? Apatah lagi penerimaan masyarakat terhadap mangsa! Semuanya ditanggung secara sendirian berhad oleh mangsa.

3. Hari ini aku buat keputusan untuk hentikan jualan buku-buku Amran Fans sebagai ejen buku. Kebodohan dan ketidakpedulian kau perlu diajar secara ekonomi dan kehilangan kau dari pasaran. Sudahlah buat salah, buat perangai politikus pusing sana-sini. Buat pengikut-pengikut, aku tak pedulilah kau nak hina apa pun terhadap fizikal aku, aku cuma nak kau ingat, jenayah rogol adalah serius dan kau kena ingat tentang keselamatan diri adik beradik, saudara mara perempuan kau.

Perjuangan kesedaran hak perempuan dan jenayah terhadap perempuan bermula dari pilihan kau, kalau kau memilih kebodohan dan ketidakpedulian terhadap hal ini, aku sarankan kau pergilah mati dengan kesombongan dan keangkuhan kau.

Kau tak pernah mendengar jerit mangsa yang trauma, jadi kau sedap la main wechat merepek-merepek tunjuk gambar cangkul bila perempuan tak layan kau, screencap letak dekat halaman FB kau yang penuh orang yang fikir sama macam kau, bodoh! - Alynn Sharuddin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.