'Anak Mat Salleh Ini Asyik Menangis Dalam Pesawat, Sehinggalah Saya Meniup...'


Semalam saya selamat mendarat pada jam 11.36 malam di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini, berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah kepada saya di dalam pesawat. Tetapi apakan daya, bateri sudah habis.


Seat 33K, saya duduk di tepi tingkap pesawat. Kemudian, dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

"Sit here my boy,"

Seorang anak lelaki mat salleh bertubuh kecil, duduk di sebelah tengah seat dan di hujung seat lagi, ibunya. Kemudian seat di bahagian hadapan pula, suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. 

Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak ketawanya, masyaAllah! Allahurabbi! Comel. 

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan, pesawat mula bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang sebab suka pesawat bergerak. Dia ingat game agaknya. 

"Mummy! Daddy! We are flying!" 

Berulang kali dia sebut nak fly, nak fly. Akhirnya, bila pengumuman dari depan mengatakan bahawa lampu akan dipadamkan kerana sudah mahu berlepas. Gelap! Seluruh gelap! Dari seat depan sehingga ke belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap, semuanya gelap!

Habis menangis, memberontak anak mat salleh itu. 

"No light inside. No light inside," katanya sambil menangis kuat.

Pertama, saya tergelak sebab terasa comel budak speaking bahasa inggeris. Kedua, membebel tak ada lampu. Tadi bukan main nak fly bagai, hilang lampu tahu pula takut. 

Ketinggian semakin bertambah, suara budak kecil itu semakin kuat. Saya rasa siapa yang flight bersama saya semalam, memang akan stress. Semua orang mengintai-intai si ibu dan ayah budak iut. 

Ibunya cuba memujuk, gagal. Si ayah pula mencuba, masih sama dan semakin kuat tangisannya sambil mengulangi "no light inside, no light inside" 

Tak tahu nak marah ke nak gelak. Nak marah, terasa comel pula. Nak gelak, kasihan pula. Tetapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap. Bukan main tadi nak fly, dah fly menangis. Tahu takut? Hahaha. Okay, saya tahu saya jahat. 

Bila pesawat sudah sedikit stabil di udara, si ayah membawa budak kecil itu ke tandas. Lampu masih belum dibuka. Budak itu, menjerit dari seat depan sampailah masuk ke tandas, masih terngiang-ngiang teraikannya. 

"No light inside! No light inside!"

Stress juga penumpang lain. Saya banyakkan beristigfar sepanjang penerbangan. Bimbang jadi stress, tetapi cool saja. Sudahlah mereka duduk di sebelah saya. 

Selepas keluar dari tandas, budak itu masih menangis. Kini giliran si ibu pula cuba memujuk. Saya cuba membantu si ibu, saya pasangkan lampu membaca dan yang hanya bercahaya hanyalah di seat saya, budak itu dan ibunya. Teriakannya semakin kuat. Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah. Hahaha! 

Dia tetap tak mahu lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha adoi.. Bagaimanapun, saya tetap kagum dengan pasangan ini yang mereka tidak menengking anak mereka. Malah mereka sentiasa pujuk dengan lembut. MasyaAllah. 

Akhirnya, saya teringat akan kejadian yang hampir sama pernah berlaku ketika saya menaiki tren dari KL Sentral ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecil yang menangis. Saya cuba pujuk dan dukung anaknya itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup tiga kali dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tetapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan Islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana, nak bantu bagaimana. Kasihan penumpang yang lain terasa teranggu. 

Lalu dengan rasa tawakal, saya meminta izin dari si ibu. 

"Let me try."

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak itu, dakap sungguh-sungguh. Seolah-olah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis tetapi teriakannya sudah tiada. Sempat saya bermonolog dalam hati. 

"Ya Allah, ya Rahman, Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah, aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah, aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah." 

Dalam keadaan tawakal, saya lafazkan dengan penuh sungguh. 

Allahumma Solli ala Sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. 

Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan. 

Hampir 5 minit saya bacakan. Kemudian, terlena si kecil itu di dada saya. MasyaAllah. Ya Allah, Maha Besar Allah. Subhanallah. 

Terkejut mat salleh itu memandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan sebab hairan tangisan anaknya sudah hilang. Bertambah pelik lelaki mat salleh itu sebab anak kecilnya terlelap di tempat saya. 

"Wow! Amazing! Oh my god!" 

Itulah pengalaman yang takkan saya lupakan. Ya Mujib, sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia. Ya Allah, kami tidak berdaya, Engkau Yang Maha Berdaya, Engkau Maha Esa, Engkau Maha Tunggal dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui. 

Bismillahirahmannirahim..
Alhamdulillahi robbil' alamin, wassolatu wassalamu' ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala' alihi wasohbihi wattaabi'in wa man tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba'd.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.
Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah. Wallahualam. - Kak Hassanah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.