'Anak Saya Umur 4 Tahun Masih Tak Kenal ABC'


Seorang ibu meluahkan kebimbingan terhadap perkembangan anak yang masih belum mengenal abjad. Lantas berkongsikan luahan itu di media sosial. 

"Saya ada anak umur 4 tahun. Masalah saya ialah, dia masih belum kenal ABC, 123, Aliff Baa Taa. Dia hafal tetapi bila disuruh cari mana A B C, dia tidak tahu dan tidak kenal. Padahal hari-hari sudah diajar.

"Sekolah awal tahun ini, tetapi masih belum mengenal huruf dan nombor. Saya risau dibuatnya. Ada sesiapa yang ada pengalaman seperti ini? Sebab bila saya ajar, saya menjadi geram dan nak marah saja rasanya bila dia tak hafal-hafal. Ada tips tak untuk anak cepat belajar dan cepat hafal?" luahnya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga. 


Sememangnya perkembangan anak yang pelahan seperti ini membimbangkan para ibu bapa. Ditambah pula dengan pihak taska yang seringkali mendesak ibu bapa mengambil 'tindakan' bagi memastikan anak mereka berupaya menguasai pendidikan asas.

Ibu bapa mana yang tidak stress jika kerap ditekan sebegitu meskipun demi kebaikan anak-anak? 

Namun, tampil seorang lelaki memberikan 'nasihat' kepada si ibu terbabit agar tidak terlalu menekan anaknya. 

"Ya Allah, teruknya anak puan. Umur 4 tahun masih tak kenal ABC 123 Aliff Ba Ta? Sepatutnya umur itu tengah buat final year project bachelor degree. Umur 8 tahun baru habiskan masters dan tengah buat PHD di usia 12 tahun itu puan. 

"Mungkin puan kena hantar di sekolah rendah biasa. Diorang ada profesional yang digelar 'guru' untuk mengajar anak-anak. Tetapi tunggu usia 6 tahun itu ye. Que nya panjang sikit dan ambil masa bertahun tu," kata Rizal Rodzuan. 

Dalam soal mendidik anak-anak, ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu menekan anak-anak kecil. Sewajarnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan santai dan pelbagaikan kaedah agar timbul minat anak-anak dalam pembelajaran. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.