Astaghfirullahalazim! Anak Kucing Putus Dua


SKUDAI - Malang nasib si comel ini dibunuh dengan kejam, mencetus kemarahan pencinta kucing di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh Trueno Sprinter yang dilaporkan berlaku di Skudai ini amat meruntunkan hati yang melihat gambar kekejaman yang tidak sepatutnya ini. 

Menurut Trueno, sebelum ini dia hanya memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan yang tidak bertuan ini. Namun ada individu yang tidak berperikemanusiaan telah menzalimi haiwan kesayangan Nabi Muhammad itu. 

"Hati saya sayu, sedih dan geram melihat keadaan ini. Saya hanya memberi makanan pada kucing-kucing ini, kucing-kucing jalanan tiada bertuan. Niat saya hanya bersedekah.


"Tetapi lihatlah betapa zalim dan bodohnya manusia yang bersifatkan binatang ini. Kucing dibunuh, makanan dan bekas makanan dibuang," katanya yang hanya mampu berdoa agar Allah beri kesedaran kepada individu yang melakukan tindakan kejam itu. 

Dalam kejadian berasingan di Klang pula, seekor kucing betina telah dibunuh dan digantung kakinya pada sebatang tiang lampu. 


Menurut sumber, kucing malang yang mempunyai 4 ekor anak kecil itu kerap berak di hadapan rumah seorang individu menyebabkan individu terbabit mengambil tindakan membunuhnya. 

Orang awam yang menemui bangkai kucing itu bertindak melepaskan ikatan itu dan menanam bangkainya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.