Awie Didenda RM2,000 Kerana Cederakan Rozana


KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun. 

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Awie, 48, apabila beliau menukar pengakuan bersalah sebaik pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa mahkamah, lapor Harian Metro.

Awie kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding. 

Mahkamah turut memerintah Awie menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal melangsai denda berkenaan. 

Mengikut pertuduhan pindaan, Awie didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 38, pada jam 3 petang, 2 Jun 2014. Awie didakwa mengikut Seksyen 322, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.